28 September 2021

Wany Hasrita Latest Single - PEDAS

Panas panas! Pedas pedas Ayyy pedas pedas saaa!

I love this song ❤️ But maybe Wany Hasrita's fan tak berapa terima sangat Wany come up with this kind of genre.


I like it! So lit! 🔥 Love the lyrics, the rapper, Sophia Liana from DeFam.

Sekarang minat jugak dengan lagu rentak rancak and ada rap ni. Takpe, Wany. Biar I jadi penyumbang views music video Wany kat YouTube k! Haha ❤️

Wany Hasrita memang nampak berperwatakan lembut, soft spoken, intelligent, perempuan Melayu terakhir gittew. Tapi nice jugak dia try lagu macam ni. Why not kan? 

Kadang kadang nampak dia nakal sikit and kelakar 😂 Kadang kadang tak ayu sangat pun.

Lagu Canggung and Belenggu Rindu dia paling orang suka 💖 Mungkin sebab itu yang paling ngam dengan dia.

Moga sentiasa maju jaya, Wany Hasrita 💕

Susah nak berhenti kunyah NIMS CHOCOTUB!

PMS kalini I crave benda manis yg chocolatey, and crunchy! Dah lama giler teringin nak try NIMS CHOCOTUB ni. Sedappppp tak terkata!

Can't stop makan from the first bite 😂 Mungkin sebab PMS kot, kalau tak jarang nak beli benda manis.


Chocolate dia sedap giler 😍 I beli COCO KRISP and COCO BABY CRUNCH. Habis dalam masa 24 jam. Ya Allah dahsyat I ni. Takleh berhenti makan sebab sedap sangat hahaha!

Siapa dah pernah makan jugak? I beli kat agent area rumah I je. Semalam punya tak sabar dia delivery. Sampai sampai terus bukak makan. Kuikui.

OK last makan manis bulan ni. Lepas ni I puasa sebulan tak makan benda manis macam ni haha. Sebab nak berat 46kg. Nak body kurus macam JISOO Blackpink 😆

Yang I beli tu harga RM15/tub. Bagi I sangat berbaloi sebab sedap teruk 🤤


LISA - MONEY. Can't stop repeat her dance performance video on YouTube!

Memang takleh stop ya suka sangat tengok rentak tarian LISA 😍 You are so amazing, Lisa. From Thailand to Korea, and now you are the Top 50 most followed people on Instagram! Followers Instagram dia dah cecah 61M. The only KPOP artist in the list. 


I love the choreography. So energetic and cool! Lisa never failed to amazed me.

I come here to drop some money, dropping all my money yeah!

Bila masa entah LISA ni ada taik lalat macam Neelofa tu. Kalini macam obvious pulak. Before ni tak perasan.

Anyway, before kenal Blackpink, kenal LISA dulu. Masa tu macam ooo Lisa orang Thai, ooo Lisa from girl group Korea, ooo Lisa the main dancer. Masa baru kenal Lisa, Blackpink baru nak naik. Lagu DDU DU DDU DU baru release masa tu.

See where they are know. So international 🔥

Single Terbaru DOLLA - Berani

Assalamualaikum and hello semua! Dah dengar ke belum lagu baru DOLLA?

I love their new single 😍 Dah agak dah jenis ballad takde dance dance. Sedap je didengar lagu ni. Lagu khas untuk peminat setia yg sentiasa menyokong perjalanan karier mereka 💖



Telah aku berdiam diri, kiniku berani 💕 On repeat je lagu ni. 

Mood sejak kebelakangan ni nak dengar lagu je, layan YouTube, teringin nak karaoke. Rindunya 🎤

Dah 2 3 hari jadi penyumbang views kat music video retis retis kat YouTube 😂 Semua jenis lagu kita dengar k! Nasyid Nasyid pun I layan sekarang.

Jom korang, dengar lagu DOLLA - Berani Kay YouTube 🔥


22 September 2021

Dah Pandai Sebut Ummi

Alhamdulillah setelah menanti selama 2 tahun 2 bulan, akhirnya my sonshine dah pandai sebut Ummi 😄

Actually dia lama dah pandai sebut 'Ayah'. Since pandai bercakap lagi, memang sebutan 'Ayah' dia sangat jelas.

I ni ternanti nanti la bila anak I nak pandai panggil 'Ummi', akhirnya semalam dah pandai hahaha. Comel je anak ku ni.


Moga sentiasa dalam lindungan Allah wahai anak ku yg tersayang. Ummi Ayah sentiasa doakan Dini. Amin.

Dini,

My first born.


DOLLA Makes Malaysia Proud

Assalamualaikum semua and hello hello hello! Haaa tengok tu siapa yang muncul kat New York's famous billboard?



Sejak kenal DOLLA bulan Mac 2020 with their 1st single, DOLLA MAKE YOU WANNA, I dah dapat rasa kan they can go far 💖

See where they are now? 

Pernah kecoh kan kata DOLLA ni tiru Blackpink. Tak sama gais. Tak sama. I minat Blackpink lama dah. Tapi I minat jugak DOLLA ni.

Music diorang best, dance best. I love them all 🔥 Esok DOLLA nak release new single pulak, BERANI. Tak sabar nak dengar lagu baru DOLLA.

Congratulations DOLLA sebab berjaya mengharungi cabaran yang agak dahsyat masa awal awal kemunculan dulu. Ramai je saya nampak orang yang saya kenal kecam DOLLA, but I tetap minat uols 😘

You girls deserve this today. All the best for tomorrow pulak ya.


18 September 2021

Malaysian Girl Group : DOLLA Will Comeback For Their New Upcoming Single, BERANI

Assalamualaikum semua ❤️ Hello hello hello!

Kalau semalam dah introduce diri as Suribisnes and foodies, harini I nak share pasal my interest on Music pulak. I love a lot of genre music from lagu lagu omputeh lama, lagu irama Malaysia Tokti, lagu Blackpink, Wany Hasrita and also this Mpop Girl Group!

Yes, I do love music. I love to sing, I love dancing. In fact, I am the solo nasyid zaman sekolah dulu 🤭 Oh my, sungguh lama kenangan itu. Suara tak de lah sedap mana, biasa biasa je. Kalau sedap teruk for sure dah jadi penghibur anda semua sekarang. Hahaha! 

And zaman Uni dulu I pernah join tarian persembahan pembukaan majlis sukan, zaman matrix dulu pernah join tarian jugak. Haha love sangat! ❤️ Sekarang I senyap senyap je praktis LALISA dance video kat rumah seorang diri. Itu je boleh. 

Angel, Syasya, Tabby, Sabronzo

So ini lah DOLLA ❤️ Minat kat diorang ni. Each and everyone of them ada charms tersendiri. Macam Blackpink, Jennie Jisoo Lisa Rose semua ada charms tersendiri kan. Bukan maksudnya I sama kan diorang dengan Blackpink. Tapi, nak bagitau apa yg buat I tertarik dengan music diorang. 

Sabronzo - I love her dance. So sharp and energetic. In fact, dia memang seorang dancer and ajar orang dancing. 

Syasya - She's cute and suara sedap. Also main dancer in DOLLA. Very tall! 

Angel - She is Sarawakian, like me. Yes, I am a Kuchingites. Kuching is my hometown. I love Angel because she's pretty! 

Tabby - Their main vocalist. Suara Tabby so powerful and lantang. 

So, on 24th September, DOLLA akan release their new song! I can't wait! Since I love their DOLLA MAKE YOU WANNA, IMPIKAN and RAYA RAYA RAYA song, I am looking forward for their new song. 

Adakah ada dance jugak? Tak pasti sebab dengar teaser lagu dia macam jenis ballad. Jom kita sama sama nantikan 😍

I love watching them dancing on YouTube. So fun to dance along, too. Walaupun tak pandai. Boleh la buat bakar kalori. Sebab jenis suka makan kan. Yeah, we need to stay active even at home okayy! 🔥

Till we meet again in my next entry! I promise to myself nak active blogging semula and share benda benda best kat sini hihi. 

17 September 2021

Mee Bandung Muar Sedap Giler by Two Brothers, Agora Night Market, Taman Nanding, Hulu Langat

Assalamualaikum semua 💕 Hello hello hello! I nak buat FOOD REVIEW ni. Selain introduce diri as suribisnes, I wanna share to you one of my character which is SUKA MAKAN.

I am a foodie, I memang suka giler makan. Ada orang tak suka sangat and tak kisah sangat pasal makan kan. Tapi I loooooooooove foods ❤️

So I mulakan dengan my one of very favourite dish which is Mee Bandung Muar. Haa bukan sebarang Mee Bandung Muar ya, yg ni memang suka sangat rasa dia memang sedap teruk 😎👍

I terpaksa search gambar sebab I nak snap gambar tadi tapi phone ni bila malam, gambar tak lawa pulak. Sedih je. So search je la gambar yang owner dia post dalam fb group. 


Nampak sedap kan? Rasa dia pun sedap 😎👍 Very recommended! Kalau korang pergi Agora Night Market kat Taman Nanding, Hulu Langat tu, you sure don't wanna miss to try this menu.

Kuah dia pekat, terasa udang kering dia. Padu! Ada daging yg dihiris halus dan empuk. Ada sebijik telur lagi. Adudu masih terasa kat anak tekak lepas makan tadi.

Pernah try yang BIASA je. Itu pun sedap dah. Belum try UDANG and TULANG lagi 🤤 Next pulak lah ya. Harga yang BIASA tu RM7 je. Portion tak la banyak sangat and tak jugak sikit sangat. Cukup kenyang untuk saya.

Selalunya memang husband je keluar beli kalau I teringin. Agora Night Market ni pun baru je bukak semula lepas PKP. Nak pergi sekali tadi risau sebab ada anak kecik. Lagi pun I ada lagi 6 hari nak habis pantang after 2nd vaccine. So tak boleh la kan. Takpe, stay at home je better kan.

Dah lama tak makan. Memang excited bila tau Agora Night Market dah boleh bukak. Terus mintak husband belikan 😍 Dia dah setel 14 days complete after 2nd vaccine. So boleh lah masuk. Kalau tak silap, syarat dia kena dah complete 14 hari after 2nd vaccination kalau nak masuk. 

So itulah dia my first foodie blog entry for my comeback 😂 Rindu nak blogging kan. So I'll mak sure nak share benda benda best je kat sini ❤️

Till we meet again in my next entry! 


Surprise Giftbox For Your Loved One

Assalamualaikum semua 💖 Hello hello apakabar? I dah lama giler tinggal blog ni. Dah berapa kali dah konon nak aktif, nak aktif, sudahnya mesti kelaut jugak.

Tapi I'll make sure kalini tak tinggal dah 😂 OK we'll see how.

BTW, I know nobody knows about me. Sebab dah lama giler kot tinggal blog ni and langsung tak update pasal diri sendiri. Let me introduce myself first lah.

Hai semua. My blog name is Lady Dini. You can call me Lady Dini. Obviously, this is not my real name. It's my sonshine's name. That's why ada Lady kat depan. Because nama anak nanti memang semua nama first diorang Dini. So far ada seorang je baru anak lelaki. Next tak sure lagi bila hopefully it's a girl pulak 😍

Nama Dini is a unisex name. It can be a boy, it can be a girl. And I love that name so much ❤️

I am a suribisnes. Which means, I am a surirumah yg owned small business from home. Just doing what I like sambil jaga anak di rumah. I love what I do now. 

I was born in 1991 and I am already in my beginning of 3 series now. I started my blog since I was 19. Wow so lama tapi blog selalu kena tinggal bersawang haha. 

OK done introducing myself. In this post I just wanna share what I do for living, what my small business is all about. So jom kita mulakan. Let's look at my creative work below 😍👇


Basically, this is what I do for living. I provide surprise giftbox service for her, obviously. Because as you can see ada gulungan tudung di dalam giftbox ni. Cute ke tak? Wajib cakap cute okay 💖

So I include the cute mini Teddy and scrunchie (getah rambut comel) inside and top with random yummy chocolates and also Apollo Layer Cake to make the receiver feels extra gembira. Eh siapa tak gembira dapat surprise macam ni kan? 😍

In addition, siap ada lampu lip lap lagi tau. And boleh add wish notes. 

So inilah my small business I do at home. Sambil sambil jaga anak sendiri. Itulah dia topik pengenalan diri yg pertama sempena comeback kat blog ni haaaa haha 😂 Macam Blackpink pulak lah nak ada comeback.

Dah alang alang introduce diri ni, I nak share la Shopee Link I. I jual giftbox tu semua kat Shopee je. Mudah orang nak carik and order.

Nah the LINK 🎁

Till then, later I will share a lot of my story here 💖 Hope you like it!


LALISA LOVE ME 🔥

As peminat BLACKPINK, I sememangnya ternanti nanti kan SOLO PROJECT each member. 

JENNIE - SOLO

ROSE - ON THE GROUND & GONE

And now, LISA - LALISA & MONEY


Since release, I can't stop repeating LALISA. And... Marathon lagu lagu Blackpink and rewatching Blackpink House and Blackpink Diaries on YouTube haha!

I tak minat Kpop, cuma sangat minat Blackpink. Empat empat pun I love sangat 💖

Lagu solo diorang pun semua best, tunggu JISOO punya lagu solo pulak next. Tak sabar! 

Ada yg minat Blackpink macam I kat sini? Cer komen ❤️ sikit kalau korang pun BLINK!