Skip to main content

Ayam Sos Tiram Dengan Kacang Panjang

Assalamualaikum semua! Harini sempat siap masak tengahari. Alhamdulillah anak bujang bagi kerjasama 😂 Kalau tak selalunya petang lepas Asar baru siap masak. Kelaparan lah kita petang baru dapat makan nasik.

Siang ni tadi anak bujang mood elok je, main sendiri masa saya tengah masak. And sempat jugak makan tengahari before tidurkan dia.


Maaf kualiti gambar tak cantik. Tapi rasa dia sangat sedap, this one is my favourite lauk. Makan dengan nasi putih panas panas sedap sangat 👍

Bahan bahan dia mudah je. Resepi pun mudah sangat. Dah lama jugak tak masak repesi ni. Semalam husband beli kacang panjang and ayam, tu yang terfikir nak masak lauk ni. Dah ada sayur jadi masak satu lauk je. Senang kan?


Bawang merah, bawang besar, bawang putih, halia and cili padi. Ini bahan tumisan. Ayam saya potong kecik sikit supaya mudah digoreng dan nampak comel sama saiz dengan sayur kacang panjang. 





Goreng kunyit je ayam ni. Saya guna sos tiram, sos cili, sos tomato and kicap jugak untuk kuah nya. Tambah air sikit kalau suka berkuah banyak. Main agak agak je masukkan semua bahan. Garam and gula pun tak tambah sebab dah cukup rasa ❤️

Resepi mudah, ringkas, cepat siap and pedas untuk yg sukakan kepedasan cili padi macam saya. Kalau tak makan pedas, takyah bubuh cili pun sedap dah 😍👍

Berselera makan sampai bertambah tambah nasik. Lupa pulak tengah diet 🤣 Okay kenyang dah alhamdulillah. Malam mungkin tak makan nasik dah ni. Masak untuk dinner husband balik kerja nanti and lunch box dia esok ke tempat kerja. Cukuplah tu.