Skip to main content

Nak Turun Berat 10kg, Please!

Saya adalah sejenis yang senang naik berat. Especially lepas ada anak ni. Anak baru sorang, tapi ya ampun berat mata memandang berat lagi hati I 😂

Currently, berat memang dah turun sampai ke berat before pregnant dulu. Tapi kan, I have a very low self-esteem bila tengok cermin. Hmmm.. Bukan tak diet, tak jaga makan. Exercise pun agak selalu jugak. Tapi susah nya nak turun berat macam orang lain.


Pening kepala den memikirkannya. Mungkin metabolism dah tak tinggi macam zaman remaja kot. Tu yg cepat naik berat. Makan sikit pun dah rasa gemok. Kalau tak makan, lapar pulak. 

Imagine lah, saya baru tersedar. 10 tahun dulu berat 48kg je. Sekarang naik 10kg nyah 😆 Kalau kira BMI memang dalam kategori normal, cuma sikit lagi nak overweight. Aihh risau mak.

Tiap malam minum air hot green tea uncang tu sebagai usaha nak naikkan metabolism. Moga berhasil la. Tapi tetap jugak kena jaga makan and exercise 💪

Berat lepas bersalin dulu 65kg. Sekarang dah turun ke 58kg paling ringan la. Kadang kadang timbang naik 59, 60. Kadang kadang turun ke 58kg. Entahla yg mana betul. Saya just ambik kira yang paling rendah la 58kg.

58kg ni berat before pregnant. Ni bukan masalah berat naik sebab mengandung 😂 Ni memang salah saya yg suka makan. Hahaha. Tu yg naik tu berat. Haih. 

Kadang kadang tu sayang tengok makanan terbazir. Bukan kita yang beli. Orang yang bagi, takkan nak biar je tak makan. Macam tak bersyukur pulak. Ada orang tak mampu beli makanan, kita ada makanan depan mata, orang bagi pulak tu, tak baik membazir kan. 

Agak sukar nak eat clean sangat. Cuma mampu kawal quantity je. Mungkin kena lebih kan exercise jugak bakar kalori. Walaupun kerja Suribisnes, ada hari yang kita tak sempat pun nak workout. Sibuk dengan layan anak, kerja rumah and kerja bisnes. 

Ada jugak try Intermittent Fasting, tapi selalunya kelaut dalam dia pergi. Ada jugak hari bila rasa macam nak rehat kan perut, saya buat puasa ganti atau puasa sunat. 

Plan saya nak turun berat ni, tak ikut orang pun. Cuma inspired je dari cara orang. Buat masa ni nak konsisten buat ni je :

✔️Minum Green tea tiap malam before tidur
✔️Cari masa untuk workout, extra workout jugak
✔️Hanya makan antara pukul 9 pagi hingga 8 malam sahaja
✔️Kurangkan minum air manis dan lebih kan air kosong
✔️Kurangkan makan manis manis
✔️Add some more veges and fruit in my diet
✔️Air panas yg bergula (teh O, kopi O atau air coklat) limit segelas sehari

Target nak berat turun sampai 46-48kg 💪 Ayuhlahhh. Berat sangat dah rasa ni 😆