16 November 2021

Giveaway End In 2 Days!

Assalamualaikum ❤ Hi semua. Baru sempat nak buka blog and approve comment and follow back semua yg follow saya hihi. Alhamdulillah Giveaway 1.0 saya pun ramai jugak join 😍

Thank you yang join. Saya dah pun komen dekat entry masing masing yg join. Tak sabar nak pilih pemenang nanti weeee!


Nampak menyelerakan tak breakfast kami ni? Hihi haritu husband menang giveaway dapat hadiah Daging Dendeng. Sedapppppp. Makan dengan nasi putih panas panas yumss.

Ada lebih jadi kita buat breakfast pagi esoknya ❤


Saya memang suka makan lauk daging. Daging masak kicap, rendang tok, daging harimau menangis, kurma daging, kari daging, ayy sedap betul lagi lagi jenis empuk. 

Sedap tau yg ni. Tapi tak pasti la boleh beli kat mana sebab yang ni hadiah husband yang dapat 😅 Rasanya kalau search nama mesti akan jumpa seller dia. 

BTW, siapa yang nak join my first giveaway, bolehlah ke LINK NI 🌸 Last day join 18hb tauuuu! Let's!


12 November 2021

Giveaway By Lady Dini 1.0


Hajat dihati teringin nak buat GIVEAWAY. My first Giveaway for my blogger friends ❤ Selalu kita yang join Giveaway. Kalini kita pulak yang nak buat Giveaway. Harap ada yang sudi join hihi. 

Syarat mudah je :

1. Create entry bertajuk "Giveaway by Lady Dini 1.0"

2. Save banner di atas dan backlink kan ke entry saya ni

3. Ajak rakan bloggers semua join Giveaway ni ok!

4. Copy link entry korang dan paste kat komen entry saya ni

Nak pilih 3 pemenang bertuah ❤ Nak bagi hadiah special to you 🎁 Tempoh penyertaan 7 hari sahaja, bermula harini hingga 18 November 2021. 

Jemputlah join tau 🥰

11 November 2021

Stok Baru Masuk

Assalamualaikum ❤ Busy kita seminggu ni sebab stok baru landing hihi. So seminggu ni memang fokus pada order customer and team je la. Now, baru lah ada masa senggang sikit nak update blog 😍 Aa rindu blog. Bukak bukak je banyak komen from rakan blog and bertambah kenalan. Terima kasih sudi singgah blog saya. Selamat berkenalan.

Macam biasa, tiap kali masak mesti saya snap gambar haha. Baru sempat nak update je gambar gambar memasak ni. Tapi haritu masa stok baru landing memang tak sempat masak pun. Beli je. Ni baru free nak masak balik haha.


Harini menu masak ala ala nasi kukus ayam berempah gittew. Cuma, ayam kita goreng kunyit je kikiki. Takde rempah. Sebab tu nama dia ala ala.


Sebab dalam peti ada terung, tu yg terfikir nak buat gulai je. Goreng ayam, masak nasi putih, jadilah ala ala nasi kukus ayam berempah kan. Berselera makan. Ada sambal ayam penyet yang saya simpan dalam peti, lupa nak tangkap gambar sambal.

By the way, saya terfikir nak buat GIVEAWAY la ❤ Kalau saya buat, ada yang nak join tak? 😁