11 November 2021

Stok Baru Masuk

Assalamualaikum ❤ Busy kita seminggu ni sebab stok baru landing hihi. So seminggu ni memang fokus pada order customer and team je la. Now, baru lah ada masa senggang sikit nak update blog 😍 Aa rindu blog. Bukak bukak je banyak komen from rakan blog and bertambah kenalan. Terima kasih sudi singgah blog saya. Selamat berkenalan.

Macam biasa, tiap kali masak mesti saya snap gambar haha. Baru sempat nak update je gambar gambar memasak ni. Tapi haritu masa stok baru landing memang tak sempat masak pun. Beli je. Ni baru free nak masak balik haha.


Harini menu masak ala ala nasi kukus ayam berempah gittew. Cuma, ayam kita goreng kunyit je kikiki. Takde rempah. Sebab tu nama dia ala ala.


Sebab dalam peti ada terung, tu yg terfikir nak buat gulai je. Goreng ayam, masak nasi putih, jadilah ala ala nasi kukus ayam berempah kan. Berselera makan. Ada sambal ayam penyet yang saya simpan dalam peti, lupa nak tangkap gambar sambal.

By the way, saya terfikir nak buat GIVEAWAY la ❤ Kalau saya buat, ada yang nak join tak? 😁


3 comments:

Ammi said...

janji ada sambal..kira cun sangat dah ni

mummy_ayu said...

nampak sedapppp..
dah join dah giveaway nya.. :-)

Kakmim said...

sedap menu ni... dh boleh jd mcm nasik kak wok dah