Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2022

Alhamdulillah Syukur Sangat

Assalamualaikum semua 🌸 Ya Allah, leganya rasa dah pindah rumah yg elok 😍🥲 Menangis kegembiraan rasa dihati. Walaupun masih ada lagi barang barang kat rumah lama, tapi hati tetap tenang duduk rumah sewa baru. Syukurlah my Mom dilapangkan masa dan dipermudahkan tenaga dia nak datang tolong. Lega sangat sangat dah sekarang. Tinggal nak kemas kemas sikit lagi la barang barang kecik kat rumah lama. Rumah sewa sekarang takde apa sangat nak dikemas. Penyewa lama pun baru pindah hujung bulan lepas. So sekejap je dah settle. Tapi settle gitu gitu je la. Sebab barang barang besar masih kat rumah sana. So ada benda yang masih belum boleh susun elok elok. Just biar je dalam kotak dulu. Dini pun nampak happy sangat bila pindah rumah baru. Ummi Dini ni apatah lagi 🥰 Happy sangat sangat sebab tak perlu hadap dah kekotoran rumah lama. Syukurnya. Lebih lega dapat duduk sini. Alhamdulillah ❤ Thank you yg mendoakan saya di previous entry. Moga yang baik baik juga untuk hari hari korang.

Nak pindah harini yeay!

Akhirnya 🥲 Setelah banyak kali fikir how to settle this problem, dapat jugak pindah barang harini ke rumah baru. So today I am going to be busy! Moga dipermudahkan urusan saya. Harini plan nak bawak barang penting je dulu. Baju, barang dapur, barang mandian, stok tudung, printer and so on! Barang yang besar besar and berat, tunggu my husband setelkan after dia balik outstation next month. Your wife can't wait any longer 🤣 Syukurlah my Mom sudi datang dari kampung membantu nanti. And my nephews jugak.  Rumah sewa yang baru tu fully furnished. Ada dah barang barang basic. So today I just need to bring another essential things je la nak pakai hari hari.  Ahhh leganya rasa. Nak pindah. Nak tinggalkan rumah kotor sekarang ni. Tak sanggup dah nak duduk sini. Moga dipermudahkan urusan saya harini ❤ Amin.

Tak sabar nak pindah rumah

Actually, saya dah lama bertahan duduk kat rumah sewa yang sekarang. Saya tak faham kenapa tuan rumah ni very tak malu asyik bawak potential buyers dia je datang tengok rumah ni. Nak jual katanya. Sepanjang duduk sini, tuan rumah tak pernah kisah rumah dia yang teruk tak baiki. But then, dia ada hati nak jual. Hairan sungguh.  Banyak sangat rosak rumah ni. Sampaikan tak selesa nak duduk dah. Siling retak, pecah. And disebabkan duduk tingkat atas sekali, ada burung tinggal kat atas siling ni. Jadi habuk habuk burung selalu jatuh dari atas siling ni. So rumah nak kena selalu sapu and vacuum. Kadang kadang ada ulat sampah jatuh dari atas siling. Bayangkanlah macam mana tak stress. Kalau ada rosak pun, tuan rumah suruh guna duit sendiri dulu untuk baiki and nanti tolak dari sewa. Dia sendiri kenapa entah macam takde duit langsung ke nak repair rumah dia ni. Pastu ada hati nak jual. Plug kat dapur rosak dia langsung tak baiki. Dia tak tau malu pulak bawak potential buyers datang rumah and n

Carian Bloglist Secret Whisper 2022

Harini nak join Pencarian Bloglist by Secret Wishper ❤ Hi Najwa, selamat berkenalan. I put your blog in my Bloglist, the right side, below, of my blog ya. Jom join segmen Secret Wishper together! Tekan je banner kat atas ni.

It's My Birthday

Selagi tak rasa sedih and need some 'quite' and jauh dari judgemental place, tidaklah saya kembali ke blog saya ini. Ya, sekarang tengah ada rasa marah, sedih, hilang keyakinan diri, no one I trusted which I can talk to, penat, letih, sebel bak kata orang indonesia, dan juga mahu lari dari semua orang. Pendek kata, overwhelmed. Izinkan saya meluahkan sikit kesedihan tu kat sini. Biasanya lepas meluah, alhamdulillah terus rasa lega sikit. Selalunya memang tak cerita pun apa masalah sebenar kat sini. Cuma nak menulis je. Sometimes, bila sedih or marah I akan diam dan memonyokkan muka. Lebih lebih lagi bila dah umur cenggini, takkan nak buat perangai tak matang pergi lepaskan marah dekat Twitter kot kan. Dah la Twitter tu bukan lagi tempat bercakap seorang diri dah. Ghisau nak tweet apa pun. Takut jadi salah faham and viral pulak. Kuikui. Susahnya kan tahan marah. Rasa nak hempas barang and mengamuk je. Tapi bila buat macam ni, kita akan menyakiti orang disekeliling kita. Lebih te

The Winners of Giveaway by Lady Dini 1.0

Akhirnya dapat jugak curik masa untuk announce winner for my Giveaway haritu. Hihi maaf tau lama betul tertangguh 😅 Oleh itu, instead of 3 pemenang, saya banyakkan jadi 5 pemenang weeeeee!  Saya guna random picker untuk pilih pemenang. Dan hadiahnya obviously sehelai tudung 🥳 Tahniah kepada pemenang pemenang dibawah ni yeay!  Tahniah kepada semua pemenang giveaway kalini. Terima kasih sudi join GA kita. Kepada yg free hair atau lelaki, mungkin boleh hadiahkan tudung ni pada someone okayyyy!  Kepada nama yang tertera di atas, boleh contact saya melalui email ya : syafiqahatta@gmail.com 🌹 Thank you again! Nanti ada masa saya nak buat lagi GA ok! Stay tuned! 

Pencarian Bloglist Januari-Februari 2022 by Nazfea Solehah

Tengah ada mood jenguk blog ni, kita join segmen la eh 🥳 Hihi. Jom tekan banner kat bawah ni and selamat bersegmen! Kita sebenarnya tak pernah ada blog list. Ater jom try buat satu.... 

Teringin Kuey Teow Kung Fu

Assalamualaikum semua ❤ Ya Allah dah sebulan lebih tak jenguk blog 😂 Punya busy masa end of November and sepanjang bulan Disember takde mood nak bukak blog sebab macam macam hal terjadi. Winner giveaway pun tak pilih lagi chuolls! Ya ampun 😂 Mintak maaf semua yang join. Comments pun baru je kita approve tadi wkwkwk.  Kisahnya, hujung November tu kita balik kampung. Busy la bercuti sebab hampir setahun dah tak balik kampung sebab PKP. Dapatlah jugak jumpa Mama kita hihi. Mama pun tengah sibuk nak pindah from Batu Gajah ke Slim River masa tu. Sekarang kita dah ada kampung baru! New year, new kampung gittew. Dekat je dah nak balik. Balik raya nanti balik hari je la eh dari KL haha syokkkk. Lepas tu awal Disember pulak kita busy balik kampung Ayah Dini pulak. Kampung Ayah Dini jauh nun hujung Johor sana, kat Kota Tinggi, Johor. 3, 4 hari jugakla balik kampung. Bukan busy apa, cuma malas nak tengok phone sangat haha. Lepas tu pulak haritu area Langat ni kan banjir teruk. Rumah saya and ru