31 January 2022

Alhamdulillah Syukur Sangat

Assalamualaikum semua 🌸

Ya Allah, leganya rasa dah pindah rumah yg elok 😍🥲 Menangis kegembiraan rasa dihati. Walaupun masih ada lagi barang barang kat rumah lama, tapi hati tetap tenang duduk rumah sewa baru.

Syukurlah my Mom dilapangkan masa dan dipermudahkan tenaga dia nak datang tolong. Lega sangat sangat dah sekarang. Tinggal nak kemas kemas sikit lagi la barang barang kecik kat rumah lama.

Rumah sewa sekarang takde apa sangat nak dikemas. Penyewa lama pun baru pindah hujung bulan lepas. So sekejap je dah settle. Tapi settle gitu gitu je la. Sebab barang barang besar masih kat rumah sana. So ada benda yang masih belum boleh susun elok elok. Just biar je dalam kotak dulu.


Dini pun nampak happy sangat bila pindah rumah baru. Ummi Dini ni apatah lagi 🥰 Happy sangat sangat sebab tak perlu hadap dah kekotoran rumah lama.

Syukurnya. Lebih lega dapat duduk sini. Alhamdulillah ❤ Thank you yg mendoakan saya di previous entry. Moga yang baik baik juga untuk hari hari korang.


1 comment:

Warisan Petani said...

Alhamdulillah
Semoga selesa tinggal di kediaman baharu