Skip to main content

Teringin Kuey Teow Kung Fu

Assalamualaikum semua ❤

Ya Allah dah sebulan lebih tak jenguk blog 😂 Punya busy masa end of November and sepanjang bulan Disember takde mood nak bukak blog sebab macam macam hal terjadi.

Winner giveaway pun tak pilih lagi chuolls! Ya ampun 😂 Mintak maaf semua yang join. Comments pun baru je kita approve tadi wkwkwk. 

Kisahnya, hujung November tu kita balik kampung. Busy la bercuti sebab hampir setahun dah tak balik kampung sebab PKP. Dapatlah jugak jumpa Mama kita hihi. Mama pun tengah sibuk nak pindah from Batu Gajah ke Slim River masa tu.

Sekarang kita dah ada kampung baru! New year, new kampung gittew. Dekat je dah nak balik. Balik raya nanti balik hari je la eh dari KL haha syokkkk.

Lepas tu awal Disember pulak kita busy balik kampung Ayah Dini pulak. Kampung Ayah Dini jauh nun hujung Johor sana, kat Kota Tinggi, Johor. 3, 4 hari jugakla balik kampung. Bukan busy apa, cuma malas nak tengok phone sangat haha.

Lepas tu pulak haritu area Langat ni kan banjir teruk. Rumah saya and rumah mertua tak kena banjir sebab area tinggi. Tapi yang kena tu ya Allah 😥 Kita pun jadi sedih tengok and takde mood jugak nak update apa apa kat socmed. Even socmed bisnes pun kita tak update.

Sampai la ke awal Januari mood nya macam tu. And ada jugak benda lain jadi. Hujung Disember haritu I stop ambik stok from 1 supplier ni sebab tak tahan dah dengan cara kerja diorang. And I malas dah nak ada team. Ada banyak faktor yang buat I stop. Memang team semua terkejut. Tapi takpela, dah setel dah pindahkan diorang bawah leader lain. Malas nak hadap perangai korang 😂

Yang atas macam ni, yang bawah macam tu. Tersepit kita kat tengah tengah ni.

So tahun ni I fokus dengan 1 brand je la. Itupun tengah fikir lagi nak continue ke tak ni sebab fikir nak habiskan stok yang ada je. Nak tukar stok tu jadi duit since before ni asyik kena korek tabung sendiri je untuk bayar modal (atas sebab perangai tak bertanggungjawab anak team). Sampai 3 kali dah jadi, memang kita panas la. 

Tahun ni macam nak habiskan stok yang ada je and fokus bayar komitmen je la kot. Maybe tak keluar any modal buat sementara waktu. Huhu. Tapi tengoklah macam mana sebab brand yg 1 ni tak perlu modal yang banyak pun. Cuma bisnes sekarang agak slow jugak. But it's okayy. Bisnes/Kerja apa yang takde cabaran.

InsyaAllah kita cuba eh setelkan winner giveaway kita tu. Soon kita announce siapa pemenangnya 🥳


BTW, haritu teringin sangat nak makan Kuey Teow Kung Fu. Tapi kedai kedai makan area Langat memang terjejas teruk sebab banjir. So kita decide try la buat sendiri. Tadaaaa.. Senang je rupanya nak buat. Kita ikut resepi Azie Kitchen. Very the senang hihi. Ingatkan kung fu dia susahlah kan 🤭

Oraitt, nantikan next post saya nak announce winner giveaway OK! ❤