Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2022

Salted Egg Seafood

Ayah Dini suka betul makan masakan yg ada salted egg ni. Salted egg chicken, salted egg crab apa semua tu memang favourite dia la. Buttermilk chicken pun dia suka. Sebab kuah dia sedap kan. Lagi lagi ada aroma daun kari. Ada sesetengah orang tak minat. Macam Mama saya. Muak katanya. Mama saya memang suka masakan kampung yang simple simple je 🥰 Ketam ada, udang ada, sotong pun ada. Semua pun daripada yang kami dapat dari lucky draw haritu. Hihi baru ada kesempatan nak masak menu menu advance ni kalau Ayah Dini cuti. Kalau hari biasa tu, saya masak menu simple je kat rumah. First time masak salted egg ni, selalunya Ayah Dini yang rajin masak. I makan je haha 🤭 Tapi kalini dia mintak kita yg masakkan. Onz je. Cuma part seimbangkan rasa Ayah Dini la buat. Tambah garam ke tambah gula la. Final touch tu dia la yang buat. Sedap sangat menu salted egg. Telur masin tu pulak Mama saya yg kasi. Dia bawak dari kampung. Itik belaan Mama sendiri. Kutip telurnya dan dijadikan telur masin. Homemade

Makan Makan di Cloves Restaurant and Cafe

Tekak ni teringin sangat nak makan chicken chop tapi taknak yg goreng tu. Yang goreng tu sakit lelangit makan haha! I lebih prefer grilled chicken chop. Juicy, empuk, lembut, and rasa marinate nya perfect ❤️ Bila husband I mesej bagitau, takyah masak jom makan luar sayang nak makan apa? Inilah antara moment yg paling bahagia didalam rumahtangga (lol). Kat Bangi ni kan syurga makanan. Haa kita google dan intai group fb tengok review kedai western mana yang sedap. Dalam hal hal survey dan mencari tempat ni, bukanlah kepakaran saya. Jadi saya serahkan pada husband saya haha! I onz je mana mana janji sedap. Kalau tak sedap pun I telan je tak banyak cakap 😆 So kami pun ke Cloves Restaurant and Cafe sebab kat situ ada grilled chicken chop idaman hati saya ketika ini. Cantik kedainya ❤️ Tak pernah lagi makan kat sini. Kedai western sedap kat Bangi yang saya tahu sedap Red Card Cafe je la. Cuma chicken chop dia biasa je la bagi saya. Sedap cuma biasa je la. Takde kelainan sangat dengan restor

I Love Tea - Part 2

Haaa kita jumpa lagi flavour tea yg baru hihihi. Terus mintak Abe belanja. Bestnya bau strawberry dia. Manis manis gittew rasanya tapi memang bancuh tu tak perlu letak gula tauu! Lately ni asyik nak makan manis je. Ghisauuu... So hari hari la kita minum teh flavour gini untuk kurangkan keinginan makan manis. Dah la jenis pemakan nasik, kalau tak makan nasik rasa macam zombie je. Pastu suka makan manis pulak. Aihh bahaya! Sejak dari lepas pantang, berat memang belum lagi turun ke normal. Sedih. Padahal makan takdelah banyak. Mungkin tak bersenam kot. Tak sempat weh nak bersenam. Too many things to do, too little time 😆 Yg kita boleh buat, banyakkan bergerak and buat kerja kerja rumah je. Pastikan steps sehari more than 5,000 steps. Kalau boleh nak cecah jugak 10,000 steps sehari. Tapi kita takleh jugak nak tinggal semua benda lain semata mata itu kan.  Jeles tengok ibu ibu lain boleh kurus balik lepas bersalin dengan senangnya. Takpelah, rezeki kita lain lain kan? Yang penting, jaga ma

Selsema & Sakit Tekak

Dua tiga harini hidung tersumbat, mata pedih and sakit tekak. Mungkin berjangkit dengan baby nephew and Dini yg demam haritu. Tak selesa rasa bila hidung tersumbat ni. Rasa penat all the time. Tadi keluar kejap, ambik baby nephew dari rumah kakak bawak ke rumah kita. Nanti malam kita hantar balik ke rumah kakak. Macam tu lah tiap hari. Dini macam biasa memang ikut je Ommi kemana pergi.  Tak sempat nak breakfast. Dini pun tak sempat nak minum susu ke apa. Jadi singgah la Shell jap isi minyak. Dini nak susu coklat kotak and biskut chipsmire. Ommi pulak mcm teringin nak air panas. So kita grab secawen Hot Chocolate Costa Coffee.  First time sebenarnya beli Costa Coffee ni. Harga ya ampun. Baik saya bancuh sendiri je coklat panas kat rumah 😆 Takpelah, saja nak acah hisptur sikit harini. Disamping membantu menggerakkan ekonomi negara. Gittew.  Rasa dia creamy, manis dan rasa coklatnya tak berapa nak ada. Sepatutnya tadi kita takyah tambah gula dah sebab memang dah manis. Kita suka yg rasa

I Love Tea

Kita suka sangat teh. Teh O suka, teh tarik pun suka, teh ais kaw pun suka, green tea suka, red tea pun suka. Lately ni suka sangat beli teh uncang pelbagai rasa. Bila masuk Speedmart kalau jumpa teh uncang macam ni mesti akan add to cart. Kat tempat lain harga mahal sikit.  Semua ni kita minum without sugar. Tuang air panas je. Tunggu 5 mins lepas tu dah boleh minum.  Sejak umur 17 tahun lagi dah suka minum plain green tea. Sampailah sekarang. Cuma ada stop sekejap masa morning sickness teruk and menyusukan baby dulu. Sekarang dah get back on track gittew. Sejak akhir akhir ni je try yg ada perisa lain ni. Nice jugak 👍 Pada saya, kalau sugar-craving melampau sangat, saya akan minum teh teh ni untuk kurangkan keinginan minum air manis.  Rasa fresh, segar, energetic je lepas minum teh ni panas panas. Kadang kadang buat time pagi, kadang kadang tengahari lepas lunch, kadang kadang before tido. Ikut mood. Sebab ada masa mood nak minum hot chocolate. Sebab kita jenis suka minum susu. And

Dini dan Roti Puri

Anak bujang I memang sejak baby lagi jenis susah makan. Picky-eater orang kampung kita panggil. Bila dah cecah umur 3 tahun lebih ni, ada la jugak benda yg dia nak makan. Kalau tak, susu je la sumber energy dia. Favourite baru Dini, set roti puri kat Restoran Roti Puri, Seksyen 3, Bangi.  Setiap kali Dini makan, memang kita suka tangkap gambar hantar kat Ayah dia. Buat kenangan sebab dia kan jenis susah nak makan. Kadang kadang tu tetiba je sebut nak makan roti puri. Bila dah sebut tu kenalah bawak. Umur dah 3 tahun 4 bulan, tapi belum nak lagi makan nasi lauk telur ke ayam ke 😅 Haih anakku. Itu yg badan dia halus milus. Kecik je berbanding yg sebaya dia. Ommi doakan Dini sentiasa sihat walafiat despite of how picky-eater is you. Moga dah makin besar, dah boleh dah makan balance foods ok! ♥️ Saja Ommi simpan kenangan dengan anak bujang Ommi kat blog ni. 

Inai Sahara the best!

Kita suka pakai inai. Even before inai instant muncul kat pasaran lagi, memang suka kalau kuku tu warna oren oren hihi. Zaman sekolah dulu lagi dah suka pakai, tapi cikgu marah tak kasi pakai 🤭 Masa nikah dulu pun pakai inai celup tu. Peh merah dia cantik sangat! Tapi sekarang suka guna yang mudah nak apply kat kuku, tak comot, boleh simpan lama. Sebab muncung dia runcing gitu, senang nak apply tanpa comot comot. Kalau nak hasil yg cantik, kena gosok dulu kuku dengan buffer. Buffer tu yg macam kertas pasir tu kan tapi ni bentuk macam span kecik. Kita bagi FREE je untuk setiap pembelian. Korang yang suka pakai inai tu bolehlah try Inai Sahara. Warna dia cantikkkk! Kat Shopee kita ada warna Cherry Red and Maroon available tauu! Boleh beli kat SINI  💅

Gift Box Tudung Bawal Requested By Customer Shopee

Alhamdulillah masuk order gift box kat Shopee LADYDINI 🤲❤️ Customer nak kirim hadiah birthday untuk seseorang. Bawal Dabella code Udella jadi pilihan customer. Kita bagi FREE wish card and FREE gift scrunchie. Bila masuk order gift box je mesti suka sebab boleh buat cantik cantik 🥰 Kalau korang ada nak kirimkan hadiah untuk someone tapi taktau nak bagi apa yg best, bagilah tudung. Mesti diorang suka. Boleh order di Shopee LADYDINI tauuu! Link : Tekan sini  ❤️

Nasi goreng telur mata untuk Ayah Dini

Pagi pagi dah bertukang didapur hikhik 🍛 Ayah Dini buat part-time job kat Aquaria KLCC. Tempat kerja lama dia. Saja carik duit lebih sikit. Ommi pun harini ambik upah jaga baby nephew. Dini macam biasa memang kemana mana ikut Ommi je. Moga cukup kenyang Abe kita makan nasi goreng and bagi energy sepanjang hari sebab banyak guna tenaga kerja dia tu nanti. Diving sepanjang hari dalam Akuarium tu. Cleaning, fish feeding, shark feeding. Selalunya bila balik tu memang bateri dia tinggal 1 bar merah tu je. Kadang kadang terus tido sampai ke pagi. Begitulah pengorbanan seorang ketua keluarga.  Gittew.  Anyway, have a good day everyone ❤️ Assalamualaikum 🌸

Sup Kaki Ayam

Mak mertua kita, bila dapat tau je kita suka makan kaki ayam, terus dibaginya bawak balik seplastik 😆 Tapi memang tak sah la kalau balik dari rumah ibu, but kereta tak penuh. Ada je benda suruh bawak balik. Haha. Kalau kaki ayam, paling suka bila masak tu sampai dia jadi betul betul lembut dan senang dipisahkan dengan tulang kecik kecik dia tu. Jadi, kita rebus lama dengan bahan blender (bawang merah, bawang putih, halia) lama lama sampai nampak isi dia lekang sikit dari tulangnya. Ratah macam tu je pun kita suka. Ibu bagi banyak sebab anak anak dia yg lain tak makan kaki ayam. Kita ni dah biasa Mama besarkan kami kecik kecik dulu dia suka buat sup kalau bahagian kaki, leher, tongkeng, kulit ayam. Dulu zaman 90-an, benda ni semua dapat free je. Mama kita mintak je kat tokey ayam, dapat free je. Zaman sekarang semua ada nilai dah. Hihi. Nak pulak adik beradik saya semua bukan jenis makan sangat bahagian isi ayam yg dada tu. Suka bahagian tulang tulang banyak and isi dia tak kering. Tap

Rezeki Dari Langit

Rezeki tu bukan hanya jumlah RM yg masuk dalam akaun kita tiap hari. Ada banyak lagi bentuk rezeki yg patut kita highlight and syukuri 🤲  Kisahnya, husband join Run sempena Hari Sukan Malaysia, pastu menang cabutan bertuah berupa polystyrene box yg isinya penuh and berat sangat.  Sampai sampai je dia ke rumah, terus kitorang excited nak bukak apa benda yg berat sangat. Kenapa hadiah ni dalam box 😆 Bukak bukak je, masyaAllah, macam macam jenis seafood ada 😍 Ya Allah, heaven! - Nugget ikan - Fish fingers - Calamari 1kg (sotong yg dah siap potong bulat bulat tu) - Ketam bunga 6 ekor - Ikan siakap sekor - Ikan merah besar sekor - Udang harimau satu plastik - Ikan kembong 3 ekor saiz besar macam cencaru - Ikan selayang pun saiz besar  Patutlah berat 😆 Ya Allah, rezeki sungguh ya. Best betul hadiah cabutan bertuah yg husband dapat tu. Penuh peti rumah iols tau. Alhamdulillah 🤲 syukur nikmatMu ya Allah Dah siap kemas semua masuk peti, husband mintak gorengkan Fish Fingers tadi untuk kuda

Testing

Testing testing. Tadi nak join GA, dah siap post pastu tetiba kata menyalahi guidelines. Dah 2 kali jadi ni. Test jap yg ni dia padam tak. Update: Okay yang ni dia tak padam pun. So, memang tak boleh la ke nak join GA blogger lain ni? :(

Eating Out Tonight With Le Husband and Son

Isteri mana yang tak bahagia bila suami mesej "Petang ni takyah masak, kita makan kat luar" ❤️ Bahagia sangat sebab tengah malas nak masak wkwkwkwkw  Jarang sangat makan kat luar. Sekali sekala tu best jugak. Kalau selalu sangat pun jemu jugak kan? Makan kat food court AEON Taman Equine je tadi. Hujan lebat sangat kat luar, so kita pilih tempat makan yg tak perlu harung hujan, senang parking. Antara makanan favourite kita ialah NASI AYAM KUKUS. Ayam tu yang kukus, bukan nasi. My husband pilih roasted chicken rice. Kita ikut selera arwah ayah kita, suka sangat makan nasi ayam kukus. Sebab isinya lembut, sedap, juicy. Yums! Anak bujang makan nugget kfc. Dia memang jenis susah nak makan. Nasi ayam pun taknak makan. Yang dia makan hanyalah mee kolok, roti puri, fries McD, nugget McD/KFC. Itupun ikut mood. Sebab tu badan pun kecik halus je. Alhamdulillah untuk rezeki hari ni ❤️