Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2022

Bingung.

Bingung jugak fikir pasal bisnes ni walaupun kecilan and takdelah gempak mana pun sale tiap hari. Duk pening dengan modal je hahaha. Biasalah tu, pekerjaan apa je yg takde dugaan. Yg berkerja dibawah majikan ada dugaannya, yg berkerja sendiri pun ada dugaannya. Begitulah kehidupan ❤️ Well, untuk kesihatan emosi saya sebagai seorang surirumah berbisnes kecilan sambil menjaga anak kecil dan menguruskan rumah setiap hari, saya decide untuk stay low sahaja cuma fokus pada marketing on stok yg saya letak di salah satu vendor butik di Bandar Baru Bangi ni. I dah malas ya nak tunjuk diri kat socmed sekarang ni sebab I jenis mudah overwhelm and I rasa emosi I akan mudah terganggu kerana terlalu banyak luang masa di socmed kengkonon orang bisnes la tu. Terpaling busy la tu kan sampai anak terabai, diri terabai. Lewls.  I decide nak fokus pada stok kat vendor butik je. Promote suruh orang Bangi datang situ je kalau nak beli tudung. I malas dah la nak handle parcel. Nak kena fikir pusing modal ba

Wahh December Already!

Assalamualaikum and hi semua 🌸 Eh eh lepas sebulan lebih in hiatus tiber muncul balik ya saya disini 🤭 Begitulah janji kata nak aktif sini tapi lupa diri. Takpe, sekarang dah jumpa jalan pulang. Bulan November haritu busy sikit. Pergi bercuti. Pastu lepas bercuti terus lupa diri nak update blog. Pastu sibuk dengan Hari Mengundi, sibuk nak tau siapa PM10 kita 😂 Hahaha banyaklah sibuk. Sampailah harini baru teringat balik. Semalam sibuk buat shoot flatlay macam ni.  Pastu sibuk edit. Pastu nak bagitau yg kita sekarang join vendor butik letak tudung kat situ. Dekat je dengan area rumah kita. Dah sebulan dah letak tudung kat situ. Moga ramai yg suka and beli 🤲 Tapi kan rasanya lepas ni nak fokus kat tudung jenama sendiri je kot. Tak ambik dah stok brand lain. Nak habiskan mana yg ada je. Moga dipermudahkan urusan saya dalam berbisnes 🤲 Bila jadi surirumah, tapi ada komitmen nak kena bayar tiap bulan. Jadi selalu risau, cukup tak eh nak bayar every month. Risau risau risau.  Nak kerja