Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2023

Teringin Nak Ada Office Sendiri

Salam Jumaat, semua 🥰 I am fully recovered selepas 2nd booster Isnin haritu hihi. Alhamdulillah syukur dah sihat. Harini saja lah nak cerita pasal impian. Kita teringin sangat nak ada office sendiri tau. Duk imagine la mampu sewa kedai, hias bilik office sendiri, susun display stok kat kedai comel comel, pastu buat bilik sebelah khas untuk anak anak dan mampu hire babysitter khas untuk jaga anak anak. Takde staff kedai takpe, janji ada yang babysit anak didepan mata kita. Hal kedai I setelkan sendiri.  Pastu, nak bukak kedai tu ikut waktu operasi macam orang kerja office. Bukak 9 to 5 je. Weekend cuti, public holiday cuti. Sebab apa? Sebab nak cuba maintain babysitter/staff supaya diorang ada pilihan untuk stay berkerja dengan kita walaupun dah berkahwin, ada anak. Sebab struggle bila wanita dah berkahwin ni nak kena kerja weekend and time public holiday. Kesian tau. I pernah berada disitu. Nak kerja, tapi dalam masa yg sama taknak abaikan anak dan keluarga sebab masa berkerja tak sam

My 2nd Booster of Covid-19 Vaccination

Have you get your 2nd booster vaccine yet? Saya baru je cucuk semalam. Sakit jugak tempat cucuk ni, susah nak buat kerja kerja rumah. Kepala pun rasa agak berat and lemah sikit badan. Kalini dapat vaccine Pfizer untuk 2nd booster. Untuk my 1st and 2nd dose, dan jugak 1st booster, semuanya AstraZeneca. Cucuk 2nd booster ni rasa macam masa cucuk 1st dose vaccine dulu. 2nd dose dengan 1st booster rasa rileks rileks je tak sakit. Hihi. Semalam, anak bujang la yang teman pergi vaksin. Ayahnya ada meeting pagi semalam jadi tak boleh nak ambik cuti. Dah setel semua, Dini mintak karipap. Dah tengahari mana ada gerai jual karipap dah. So kita stop by Shell and jumpa karipap frozen kat situ. Goreng kat rumah je. Balik tu, kita pun dah rasa lemah sikit lepas vaksin. Lepas layan Dini makan, kita pun makan nasik suku suku separuh kita (on diet), and terus rehat je. Rasa lain macam sikit untuk 2nd booster ni. Pagi ni pun masih terasa lemah and sakit kat tempat cucuk. Mungkin akan ok dalam 1-2 hari n

My Small Business Update

Sekarang ni, dah tak aktif sangat menjual online sebab rasa macam penat and overwhelmed. So kita fokus letak stok kat vendor butik je hihi. Mudah lagi kot macam tu. Senang orang nak datang try material dulu, try pakai dulu ke kan. Of course, anak bujang sorang ni selalu jadi peneman kemana mana. Baru sorang anak okay la lagi. Kalau anak dah dua, taktau la larat tak bawak keluar macam ni seorang diri tanpa Ayah nya 😅  Semalam pergi cek stok tudung kat butik jap. Susun susun. Baru je masuk bulan ketiga letak stok tudung kat sini. Bulan pertama, takde yg beli. Bulan kedua, ada yg grab Sale 4 helai RM100. Alhamdulillah syukur 🤲 Lepas lah bayar sewa kedai RM50/bulan. Moga bulan Januari ada lagi yg grab tudung bawal kita kat butik. Amin. Muat letak stok 30 helai je. Selebihnya letak kat Shopee. Kat Instagram just post gambar and jemput datang butik je. Malas dah nak open cod ke, buat live ke, tunjuk muka kat socmed ke. Entahlah dah pernah buat tapi penat and terabai anak. Malas dah guwe. M

Selamat Tahun Baru 2023

Baru nak wish Happy New Year kat sini hikhik. Moga rezeki dan ujian yang kita dapat tahun lepas menjadikan kita lebih matang dan bijak untuk menghadapi ujian dan menerima rezeki yg baik di tahun baru ni 🤲❤️ Tahun ni azam kita simple je. Nak sayang diri lebih daripada orang lain. Nak jadikan diri sendiri priority. Taknak abaikan diri sendiri. Ini termasuklah jaga makan, jaga kesihatan. Nak teruskan diet suku suku separuh walaupun kadang-kadang kelaut bila ada makan makan. Tapi takpe, bettter late than never kan. Nak biasakan diri makan nasik sikit je. Suku nasik, suku protein dan suku sayuran/buahan. Actually dah start sejak awal bulan November 2022 haritu lagi hihi. Tapi kadang kadang tu banyak jugak makan makan, jadi adalah kelaut jugak.  Tapi takpe, bila hari takde makan makan tu mmg kita makan kat rumah mcm ni je. Nasik 1/2 cup je. Pastu lepas maghrib tak makan dah. Kalau ada pun makanan manis, sebab orang yang bagi bukan kita yg beli. Kita makan je la tapi sikit sikit. Huhu terpak