Skip to main content

My Small Business Update

Sekarang ni, dah tak aktif sangat menjual online sebab rasa macam penat and overwhelmed. So kita fokus letak stok kat vendor butik je hihi. Mudah lagi kot macam tu. Senang orang nak datang try material dulu, try pakai dulu ke kan.


Of course, anak bujang sorang ni selalu jadi peneman kemana mana. Baru sorang anak okay la lagi. Kalau anak dah dua, taktau la larat tak bawak keluar macam ni seorang diri tanpa Ayah nya 😅 

Semalam pergi cek stok tudung kat butik jap. Susun susun. Baru je masuk bulan ketiga letak stok tudung kat sini. Bulan pertama, takde yg beli. Bulan kedua, ada yg grab Sale 4 helai RM100. Alhamdulillah syukur 🤲

Lepas lah bayar sewa kedai RM50/bulan. Moga bulan Januari ada lagi yg grab tudung bawal kita kat butik. Amin.

Muat letak stok 30 helai je. Selebihnya letak kat Shopee. Kat Instagram just post gambar and jemput datang butik je. Malas dah nak open cod ke, buat live ke, tunjuk muka kat socmed ke. Entahlah dah pernah buat tapi penat and terabai anak. Malas dah guwe. Mood pun jadi kelaut. Kesian anak i. 

Tiktok ada, tapi tak suka sangat guna Tiktok. Banyak sangat distraction and meluat tengok content Tiktok. Nak jual kat Tiktok pun i taknak. Serabut.

Pastu tahun ni letak rules baru kat diri sendiri. Kalau stok tudung masih banyak, tak perlu restock walaupun ada edition baru. Pandai pandai la explain kat leader, kalau dia takleh terima and nak remove kita dari group takpe je la. Dah jumpa dah supplier tudung jenama sendiri yg cantik cantik jugak. 

Kalau brand sendiri, sukati kita la nak restock bila pun. Kalau dengan brand lain ni, nak kena berkejar la bayar stok je padahal modal ciput tak cukup. Malas dah. Membazir modal je. Lastnya, apapun takde. Pastu, jual harga sale je memanjang bila tak laku tu. Ruginya kita ni la haha. Macam scam pulak. Takde kualiti langsung bisnes mcm tu.

So tahun ni, just nak fokus letak tudung kat butik vendor ni je 🥰 Tak kisahlah nanti jual tudung sendiri ke, tudung apapun, biar slot kat vendor tu sentiasa jadi kita punya. Hihi. 

Best jugak tau ada slot mcm ni kat butik, rasa macam ada butik sendiri pulak. Bayar RM50 je sebulan, ada staff jaga, butik bukak tiap hari. Barang best best je kat butik tu. Selain tudung, dessert pun ada orang letak kat situ. Kerepek, sambal dalam jar, and banyak lagi jenis makanan yg lain. Baju pun ada. Tudung dari brand lain pun ada. So customer ada banyak pilihan tauuu. 

Rambang jadi mata 😍🤩 Tu yang best tu. Moga dipermudahkan rezeki dan urusan bisnes tahun 2023 ni 🤲

Fokus pada walk-in customer kat vendor butik je tahun 2023 ni. Stok kat Shopee tu just nak letak je, kalau ada yg beli, alhamdulillah 🤲