28 May 2024

Already tired for tomorrow.

Ya Allah, back and body hurts diusia 30an ni tak main-main ya. Sambil menjaga anak-anak kecik yang kadang-kala nak berdukung je. Sakit lenguh badan kita 😂 I think I already tired for tomorrow la like this. Banyak pulak kerja rumah yang tertangguh bagai tiada tepi.

Sempat kita bancuh teh strawberry halia limau madu kelulut no sugars saya harini. Kalini kita bancuh seteko ya. Free flowing ubat stress saya harini. Sedap teh harini. Semalam pahit sebab lupa pulak jangan masuk kulit limau nipis sekali. Jadi pahit teh kita. Tapi tetap ku habiskan jua dengan tabah biar pahit ditelan. 

Kesilapan semalam kita ambil pengajaran.

Harini decide tak larat nak masak. Kita kirim je kat Ayah Dini supaya tapau makanan. Kalau kita ompompuan tak terus terang kata penat, nanti mengundang pergaduhan. Before ni sebab kesian kat dia, kita gigih jugak nak masak walaupun penat. Padahal dia dah kata, takpe kalau penat. Dia boleh tapau. Ada lah satu hari tu, kita emosi memasak sebab penat. Dia pun turut emosi. Ok, lesson learned suamiku 🥲

Harini tak masak, tapi kita nak setelkan banyak kerja tergendala harini. Ayohhhhh 🔥

4 comments:

  1. Sesekali badan pun kena berehat, barulah minda kita sihat. Kalau saya letih memasak memang beli je la cumanya kadang-kadang ajer. Sedap tu minum teh panas2 camtu.

    ReplyDelete
  2. Saya pun pernah masukkan irisan jeruknipis ke dalam tea, tp ada kulit. Dan memang bikin pahit 😂😄. Beda cerita kalau lemon. Itu baru tak buat pahit.

    ReplyDelete

Thanks for reading