29 May 2024

Kopi dulu baru kamu.

Kopi susu

Harini teringin kopi, jadi kita on coffee machine. Curik sikit susu Dini tu masuk cawan and tambah kopi o tanpa gula kita 🥰 Dalam susu dah ada gula jadi kita tak tambah gula dah.

Hadiah dari kakak

Then, untuk mood yang lebih baik pagini kita diffuse essential oil yang kakak kita hadiahkan ni. Wangi la jugak kalau datang dekat 😂 Dia tak bau satu rumah pun. Jadilah kan janji ada effect asap-asap tu beroleh juga ketenangan hahahaha.

Yg bentuk kucing tu diffuser jugak. Boleh letak dalam kereta. Titis je atas kayu kucing tu nanti dia akan ada bau sipi-sipi. 

English pear and freesia ni bau dia lembut, tak kuat tengik sangat mencucuk hidung. Damai baunya 🤍

Have a nice day, rakan-rakan 🩷 

Harini dah tengah minggu, jadi plan nak bawak anak-anak jalan dalam mall supaya kami sama-sama dapat elak diri jadi restless akibat terperuk di rumah musim cuti sekolah ni 😂

Makan kenyang-kenyang kat rumah dulu, bila si adik dah nap baru kita siap-siap keluar. 

4 comments:

  1. MZ everyday minum teh letak stevia/sweetener dan susu low fat milk (powder milk)

    ReplyDelete
  2. Waaah aroma English pear. Jadi saya teringat dengan aroma parfume jo malone yg English pear. 😍😍

    ReplyDelete

Thanks for reading