16 May 2024

Last breakfast kat hotel.

Breakfast @ Hotel Tanjong Vista, Kuala Terengganu.

Nak check out dah tengahari ni. So saya plan tak kemana-mana sebab nak kemas barang-barang. Settle kemas barang dan anak-anak dah, saya tunggu Ayah Dini setel kerja and pergi check in dekat next staycation pulak hihi. Cuba teka kami nak pergi mana pulak lepas ni? 

Sambil mengemas tadi, saya on tv and tengok channel tv1. Kalau kat rumah, memang saya suka bukak channel RTM je. Tv1, tv2 & tv Okey. Channel ni je yg kita rajin tengok. Selain suka layan Selamat Pagi Malaysia, banyak lagi rancangan berilmiah yang ada. And yang paling saya suka rancangan berkaitan makanan dan traveling di dalam dan di luar negara 🩷 

Kita ni dah try dah nak menanam semula sifat suka membaca. Tapi tak menjadi, nyah. Impian hanya tinggal kenangan. Jadi, saya banyakkan menonton rancangan tv yang berilmiah. Less drama, less gossip. Macam-macam ilmu yang saya dapat dari pelbagai bidang bila tengok channel RTM. 

Drama-drama dia pun best sebab tak melampau sangat jalan cerita. Sarat dengan pengajaran untuk kita yang menontonnya.

Kebetulan, ada drama best sempena Hari Ibu tadi kat tv1, bertajuk ✨ ANTARA PILIHAN ✨ lakonan Elizad Shariffudin, Amyza Adnan, Aidil Aziz, Qi Razali, Puteri Rafasya & Jaja Elias.

Okay, bye ✨ Hotel Tanjong Vista, Kuala Terengganu ✨ Dah kali kedua stay sini. Nice hotelnya. Breakfast sedap, ada swimming pool untuk aktiviti anak-anak, walking distance je ke KTCC Mall, kedai makan pun banyak boleh jalan kaki je, 7 Eleven pun dekat, nak cuci baju kat kedai dobi layan diri pun tak jauh. 

Lain kali, kalau ada rezeki kita datang stay sini lagi. InsyaAllah. Kalini stay sebab ikut Ayah Dini outstation. Kali pertama stay pun sama. Masa tu Adik dah 8 bulan dalam perut. Sarat dah masa tu. Sekarang Adik dah 7 bulan dah pun.

8 comments:

  1. kadang suka breakfast kat hotel sebab nasi lemak dia sedap...

    ReplyDelete
  2. Betul, saya pun dah susah nak membaca sekarang

    ReplyDelete
  3. Breakfast kat hotel ni kadang menghidangkan makanan yang kita jarang masak. Sesekali orang lain masakkan pulak....heaven....

    ReplyDelete
  4. Wah kemana pulak tu? Sementara anak belum sekolah ni senang nak ikut husb outstation. Diorg sekolah nanti susah nak dapat peluang gini :)

    ReplyDelete
  5. KT sudah tidak asing kpd sy sbb berjiran kan dengan Kelate? Jika ke Ganu pasti cari keropok lekor, nasi dagang Ganu, nasi lemak sambal ikan tongkol dan satar. Sbb makanan ni jika ada pun di Kelate kurang menjadi.

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap nasi lemak tu . Lagi sedap kalau sambal tu pedas-pedas manja . Manis-manis sikit

    ReplyDelete
  7. Waah Kuala Terengganu. Bucket list saya nak kesini juga. Tapi tiap kali ke Malaysia lagi2 KL Penang saja 😄. Belum sempat2 ke Kuala terengganu

    ReplyDelete

Thanks for reading