15 May 2024

Self-love routine for housewife: Part 1

Siapa lagi nak sayangkan diri kita kalau bukan kita sendiri. Berkorban tu berkorban jugak, tapi jangan lupa allocate jugak sedikit masa untuk jaga diri sendiri. Pesanan penaja kepada diriku sendiri sebenarnya.

I admit that, sejak bersalin memang kelaut sungguh ya skincare routine ku. Tak sempat ya rakan-rakan nak apply 10 steps skincare routine meskipun saya ni housewife 24 jam dirumah sejak ada baby kecil ni. 

Muka pun dah kusam, pores pun dah meluas dan boleh dilihat dengan mata kasar, jeragat pun macam dah beranak-pinak dia, jerawat pun sesekali singgah lalu meninggalkan parut dan bekas berlubang. Mata panda pun semakin terserlah akibat tak cukup tido. Muka pun macam nampak tua ya rakan-rakan. 

Kita baru 30-an, nanti orang ingat dah 40-an pula. Before ni hanya sempat turunkan berat badan je ke range normal BMI, skincare routine tak menyempat.

"Surirumah juga perlu ada skincare routine"

Mary Kay Pink Clay Mask

Bila baby dah masuk 7 bulan, barulah ada masa lebih sikit nak self-love ni. Contohnya, applying clay mask once or twice a week 🩷 Disebabkan pores kita dah makin membesar dan obvious, kita perlukan clay mask agar dapat membersih jauh ke dalam liang pori agar pores kita akan mengecil semula.

Best pakai clay mask ni, wangi and comel colour pink. Lepas cuci, lembut terasa kulit. Kurang rasa menggerutu tu. Hopefully dapat jugak bantu kurangkan kulit kusam sikit demi sikit sampailah glowing dan licin bak telur rebus hihi.

Mary Kay eye gel for my panda eyes

Walaupun saya surirumah, duduk dirumah 24 jam, tapi tetaplah perlu menjaga diri supaya tidak menjadi belacan. Oleh itu, saya amalkan mandi seawal pagi sejurus bangun tidur sebelum Ayah Dini keluar pergi kerja. Kalau tak, tak sempat nyah. Bila tak mandi, saya moody.

Demi kesejahteraan sejagat, adalah perlu untuk saya setel diri saya sendiri dulu, barulah anak-anak. Mandi, solat dan skincare routine. 

Samalah rutin saya bila duduk hotel ni pun. Setelkan diri sendiri dulu sebelum Ayah Dini gerak pergi program dia, barulah setelkan anak-anak. 

Sesetengah manusia adakalanya cakap kat saya, penat otak dengan penat fizikal, penat otak lagi penat. Saya tak nafikan kenyataan itu. Namun, tidaklah perlu untuk kita nak berlawan siapa terpaling penat. As if I'm not using my brain to take care of myself, my family and my home, and also my business. 

Apa kata, kita raikan saja setiap pekerjaan di dunia ini kerana setiap pekerjaan yg baik dan halal itu adalah mulia disisi Allah swt.

6 comments:

  1. penting ni..routine skin care...love ur self gitu kan

    ReplyDelete
  2. kalau ikot cakap orang..tak habis2..sebab diorg nak jadi yang terpaling kesian...sabar je lah

    ReplyDelete
  3. yg penting, kita kena happy2 selalu :)

    ReplyDelete
  4. Salah satu me time yang saya suka. Skincare routine! Bahagia sangat dah rasa dapat manjakan muka sendiri hehehe

    ReplyDelete
  5. Skincare routine untuk yang surirumah pun perlu ada.....takkan la kita nak biar muka kita tanpa dirawat kan.....

    ReplyDelete
  6. Rindu skincare Mary Kay ni . Pernah pakai suatu ketika dulu time tue muka memang breakout teruk . Guna skincare MK ni kurang laa sikit .

    ReplyDelete

Thanks for reading