15 May 2024

Self-love routine for housewife: Part 2

Sebagai seorang surirumah, terperuk saja dirumah memang boleh buat kita jadi agak insane. Walaupun saya sejenis homebody and introvert, tidak bermaksud saya tak suka bergaul, berkawan, bersosial dan ambil angin diluar. Most of the time memang suka spending time at home with my little family. But, sometimes, I also need fresh air to keep me sane.

Sebenarnya, yang buat saya taknak keluar rumah adalah disebabkan kerisauan nak handle dua anak kecik sendirian. Lainlah kalau Ayah Dini ada sekali, pergi shopping groceries di hujung minggu pun saya nak ikut sekali. Tapi, pada hari-hari biasa, saya jadi takut tak dapat nak kawal dua anak kecik saya ni.

So, harini saya memberanikan diri bawak anak-anak saya jalan-jalan dalam KTCC Mall, yang terletak bersebelahan je dengan hotel kami. Baru pagi tadi saya mengadu kat Ayah Dini, "Abang, sayang taknak keluar gi mana-mana harini. Tak larat nak layan ragam dua budak kecik ni. Baik duk bilik je rehat. Tak stress".

Tapi, bila difikirkan sampai bila nak takut, Piqa? Sampai bila? Just give it a try. Tak jauh pun. Bangunan sebelah je. Jalan sikit dah sampai.

Ice Cream Berlemok Gula Apong @ KTCC Mall

Menikmati aiskrim Chocolate Belgium dengan topping oreo crumbs pilihan Dini. Beli satu je saiz cup kecik berharga RM9.40 share berdua dengan Dini sebab confirm tak habis. Kita pulak jenis kurang sikit aiskrim ni. Time mengandungkan diorang je suka nak mengidam aiskrim.

Tak dapat nak ambik gambar estetik

Makan aiskrim macam ni kadang-kadang healing jugak. Lepas makan aiskrim, kita sambung jalan-jalan dalam mall. Macam-macam ada ya dalam ni. Butik Qaira Hijab dan Icahfa pun ada dalam KTCC Mall ni. Kita rasa turut berbangga bila tengok brand anak tempatan ada banyak cawangan macam ni. Tahniah 🩷

Kita kenal Icahfa sebab ada satu cawangan dia kat Bangi Sentral. Qaira Hijab pun ada kat Bangi Gateway. Tak pernah lagi la shopping dua brand ni, tau nama je sebab selalu nampak kat Bangi.

Kami ke level 3 untuk ke Food Garden untuk cari French Fries and Iced Chocolate Drinks. Menu pilihan Dini juga. Selalunya memang share je dengan Dini. Sebab confirm tak habis. Membazir.

Rupanya kat level 3 ni ada indoor playground (Pacific Funland @ KTCC Mall) tapi tadi staff dia tengah buat sanitization. Pukul 2 pm baru siap. Jam waktu tu baru pukul 12 lebih. Rate harga RM10 untuk 2 jam per kanak-kanak. Ibu bapa dan anak-anak wajib pakai stokin. Yang menemani anak dalam indoor playground tu pun dikenakan charge RM10/2hrs. (Maklumat ini akan dikemaskini jika terdapat kesalahan).

Lambat lagi, jadi ajak Dini balik rehat kat hotel dululah. Nak patah dah pinggang and bahu rasa bawak si Adik dalam baby carrier 😂 Stroller tak bawak, but kereta tak muat haha. Mungkin petang nanti lepas Dini and Adik bangun tidur, baru kita bawak jalan lagi masuk indoor playground tu. Kalau tak tidur, nauzubillah cranky yakmat anak-anakku. Dengan kita-kita sekali boleh tantrum ya rakan-rakan.

Sampai bilik hotel, kita rehat dulu. Seronok jugak dapat jalan-jalan macam ni. Step counting kat jam pun dah cecah 6000+ steps tadi. Dapatlah bakar balik kalori terperam di dalam badan sejak akhir-akhir ni. Memang masih dalam journey diet. Tapi sejak-sejak tengah stress haritu, kita binge-eating sikit. Sukar dikawal tapi sekarang agak terkawal dah. Begitulah kehidupan. Iman kita turun naik, begitu juga journey diet. 

Alhamdulillah semuanya terkawal. Harapnya lepas ni seorang Piqa tak lagi takut nak keluar macam ni. Nak tunggu ready? Bila? Nak tunggu tak penat? Bila? Nak tunggu tak stress? Bila? Nak tunggu duit banyak? Bila?

Walaupun saya surirumah je, tapi ada jugaklah income sendiri sikit-sikit daripada rezeki bisnes jual tudung. Cuma, saya ni kedekut sangat selaunya. Nak keluar, takut guna duit banyak. Belanja sana, belanja sini. Nanti susah nak menyimpan. 

Tapi sebenarnya, duit itu boleh dicari lagi. Yang penting, kita asingkan simpanan dulu. Selebihnya boleh buat belanja 🩷 Jangan kedekut dengan diri sendiri dah, Piqa. Mulai sekarang, amalkan self-love. Kerana dirimu begitu berharga, jangan diseksa diri sendiri disebabkan takut itu, takut ini, risau itu, risau ini. 

Self-love penting untuk surirumah seperti saya supaya tak rasa terperap je kat rumah. Mungkin saya ni terlalu banyak sangat berfikir sampai tak enjoy my life and lupa nak bersyukur agaknya. Bahagiakan diri sendiri dulu, barulah kita dapat bahagiakan keluarga kecil kita pula. 

9 comments:

  1. housewife kena ada masa utk diri sdiri juga...mcm kuar ke shopping mall..mkn2...icahfa tu ownernya kwn pd bff...geng kami mmg slalu shopping kt butiknya kt shah alam..skarang die dh buka byk oulet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik2 bajunya 😍🥰 bolehlah shopping nanti

      Delete
  2. Betul. Diri sendiri kena happy dulu, baru kita happy untuk jaga anak-anak dan family. :)

    ReplyDelete
  3. Dulu ada kawan2 kata, kena bawak anak keluar dari kecik, so that diorang terbiasa dengan suasana luar. Insyaa Allah ok. Guna stroller atau baby carrier. Kita pun dapat sama2 keluar.

    ReplyDelete
  4. Betul tak salah sekali sekala healing untuk diri sendiri kan

    ReplyDelete
  5. Housewife deserved me time...kena healing sesekali...sedap x eskrem tu..terliur plak tapi blom elok batuk lagi

    ReplyDelete
  6. Aiskrim suka juga. Lepas tu sis lepak dengan anak makan aiskrim sama-sama.

    ReplyDelete
  7. Betul tue bila ada anak kecik ni nak handle tu kena betul-betul bagi perhatian yang penuh

    ReplyDelete

Thanks for reading

STORIES 📖