24 May 2024

Self-love routine for housewife: Part 3

Before ni kan, saya kedekut sangat dengan diri sendiri. Duit tu ada je simpanan sikit-sikit walaupun saya tak bekerja, cuma saya terlalu kedekut dengan diri sendiri. Akhirnya, saya sendiri yang dilanda badai stress yang tiada kesudahan.

Betul kata member diet saya, dia selalu pesan takyah sayang sangat dengan duit tu, sesekali nak berbelanja diri sendiri dengan anak-anak sikit tu boleh je. Nanti, duit boleh cari lagi. Masa untuk diri sendiri dan anak-anak tak dapat nak kembali dah.

Dah lah kita ni duk rumah je, keluar dengan kawan pun jarang, kawan pun dah takde (sobs 😂), apatah lagi nak keluar bersukan dengan kawan-kawan macam Ayah Dini, kedekut pulak tu dengan diri sendiri, memanglah dilanda stress selalu sebab tak gembirakan diri sendiri pun and tak bagi peluang kat diri sendiri have some fun.

Jadi, harini kita bagitau Ayah Dini nak jenjalan jap la lepas ambik Dini balik dari sekolah. Pagi tadi diri sendiri pun tak sempat nak breakfast sebab baring susukan si Adik and sibuk balut order giftbox semalam. Tiba-tiba dah pukul 11 am. Dini habis sekolah pukul 11.30 am. Lapar dah perut oi. Sempat makan sekeping roti sapu marjerin and kaya je pagi tadi.

Maka, kami bertiga pun ke KipMall Bangi untuk cari makan dan jalan-jalan sekejap. Since roti Dini kat rumah pun dah habis, tu yg decide cariklah kat Hero Market @ KipMall Bangi. Dalam Hero Market ada bakery jugak. Saya suka beli roti kat situ banyak pilihan and sedap. 

Dini pilih donut coklat and saya pilih fillet fish bun. Selain tu, Dini mintak belikan Honey Stars dan roti bun coklat Gardenia dia. Lepas bayar kat kaunter, saya pun bawak Dini duduk kat Bungkus Kaw Kaw @ KipMall Bangi untuk order air. First time try sini.

Mula-mula, order air je.

Pastu, Dini tetiba kata nak makan nasik 😂

Air teh tarik kaw kaw & Milo kaw kaw ais kat sini lagi mahal dari Nasi Lemak biasa dia haha. Air dia dah mintak 50% less sugar pun masih lagi rasa manis leting. Lagi puas minum air teh tarik ais and milo ais order kat Restoran Roti Puri, Seksyen 3, Bangi oi.

Tapi, nasi lemak dia sedap ya rakan-rakan. The nasi, telur, ikan bilis, timun, sambal sedap yums 👍🥰 Dini makan 3/4 nasik je, yang bakinya haruslah mak-mak habiskan. Sebelum order nasi tu, dia dah makan dulu donut dia. Donut tu coklat je dia makan. Jadi, baki donut tu kita suap si Adik makan. 

Selesai makan, saya shopping sikit kat Watsons @ KipMall Bangi. Ramai orang. Ada offer sempena payday agaknya. Nak jalan carik barang pun susah haha. Then, Dini ajak jalan-jalan kat atas and mintak nak main kat indoor playground. Kita pun layankanlah kejap. 

Alhamdulillah rasa seronok bila sesekali have fun dengan anak-anak macam ni. Kita ni susah nak me-time tinggalkan anak. Banyak faktor yang perlu dipertimbangkan kalau nak tinggal. Bawak anak-anak pun kita okay. Selesai berbelanja apa yang perlu. Nak kata berbelanja sakan tadi, tak jugak. Hanya spend duit untuk apa yang perlu 🩷

Okay, ayuh fokus bisnes kita pulak 🙈 Duit kan kena dicari semula.

4 comments:

  1. Pernah makan hari tu. Nasi lemak diorang memang sedap. Sambalnya menjadi.

    ReplyDelete
  2. Tak mesti shopping sakan untuk rasa happy kan?
    Yang penting dapat keluar sikit daripada rutin biasa, itu pun boleh beri mood happy.

    ReplyDelete
  3. Masa ni la boleh spend time ngan anak-anak. Dia orang ni, sekejap je membesar. Bila dia orang masuk asrama, rindu pulak. :D

    ReplyDelete

Thanks for reading