20 May 2024

Unpacking & kemas rumah.

Gunaydin 🩷

Harini kita chill chill je dirumah, unpacking & mengemas rumah apa yang patut. Harini decide rehatkan Dini, jadi tak hantarlah ke sekolah dulu. Lagipun kat sekolah Dini harini ada sambutan Hari Guru, anak-anak diminta pakai baju tema tradisional. Tak sempatlah kita nak fikir sebab penat dah traveling selama 9 hari. Esok je lah start hantar ke sekolah hihi.

Flower from my romantic son

Tengah duduk rehat sekejap pagini, teringat gambar bunga ni. Semalam, singgah RnR Temerloh untuk makan and solat. Dini petik bunga ni untuk Ommi sementara tengah tunggu kita siap solat semalam. Olooo my romantic son ni so thoughtful 🥰 Suka bagi Ommi bunga. Jejenis garang, grumpy tapi dalam hati ada taman juga. Ayah Dini pun tak pernah bagi kita bunga hahaha. Takpe, takde yang salah pun. Allah swt itu Maha Mencukupi dan Maha Mengetahui apa yang lebih kita perlukan didunia ini. 

Thank you, Dini sayang selalu bagi bunga kat Ommi 🩷 Walaupun selalu bergaduh dengan Ommi, tapi hatinya jenis sensitif dan sentimental ya rakan-rakan. Hahaha.

7 comments:

  1. waaa sweetnya dpt bunga dari ur son!!!!

    ReplyDelete
  2. Cantiknya bunga tu.....bunga orkid ke tu?.

    ReplyDelete
  3. Terkadang memang begitu. Suami tak romantic, tapi Allah bagi anak lelaki romantic Kat kita kak 😄😍. Fair enough

    ReplyDelete

Thanks for reading