28 May 2023

Musim Panas Yang Sangat Menguji Kesabaran

Dah berbulan-bulan dah hadap musim panas. Especially rumah yang takde aircond macam rumah saya, seksa giler. Dengan matahari terpancar kat dinding bilik, lagilah menerukkan lagi keadaan. Siling rumah pun bahang. Takde tempat kat rumah ni yang tak panas.

Dah macam macam cara and tips kita try nak sejukkan rumah. Tapi sama je. Nak pasang aircond, tak dapat nak pasang sebab tak mampu. Bil elektrik pun akan jadi tinggi daripada biasa. Memang tak mampu nak commit untuk ada aircond. 

Dengan mual mengandung yang masih lagi belum baik. It's getting better tapi bila hadap cuaca panas macam sekarang ni, mual tu datang balik. Bila dah mual, panas macam sekarang ni, dah rasa macam tak boleh nak function well. Nak buat apa pun rasa macam kena ambik masa untuk bertenang baru boleh buat kerja kat rumah. 

Masa masih mabuk tu, menangis je mampu bila dah rasa tertekan sangat. Sedih sebab marah kat diri sendiri tak mampu nak pasang aircond. Macam macam lagilah perasaan yg agak tak betul datang. Rasa macam mental sungguh dah tu kadang kadang. 

Ada waktu bila rasa sihat, bolehlah drive keluar pergi tempat sejuk beraircond untuk elak rasa panas kat rumah. Tapi kan, bila kat luar mana boleh nak baring. Bila mengandung ni, rasa nak baring je sebab tak larat nak duduk lama, berdiri lama, jalan lama. Ada masa tu, nak bersiap pun tak larat. Sedih sungguh rasa.

Bila dah malam, masih panas. Sampai pukul 12 malam pun masih panas. Kipas kat rumah ni semua terpasang pun masih panas. Dah pukul 3,4 pagi pun masih panas. Bila lepas subuh, matahari terik dah macam dah tengahari. Ya Allah, tabahkanlah hambaMu ini. Ya, saya tau ni panas dunia je. Panas api neraka berganda-ganda lagi. 

Cuma nak luah. Sebab dah tak tahan. Emosi semua kelaut. Nak layan anak lagi. Perlukan emosi yg baik jugak. Tapi kalau dah mak dia takde emosi yg baik, macam mana nak layan anak dengan baik tanpa ada rasa marah yg tiba tiba dengan anak atas kesilapan kecik yg dia buat.

Feeling like a very bad mother, bad servant of Allah sangat sekarang ni. Memang selalu merungut sebab panas. Selalu ingatkan diri jangan merungut. Sabar je. Buat je mana yg boleh untuk kurangkan kepanasan ni. Mandi kerap ke, tips apa tu semua buat je walaupun macam tak function. 

Things will get better, InsyaAllah.

Syukur, sabar dan solat.

Syukur, sabar dan solat.

Syukur, sabar dan solat.

Moga dapat lalui ujian Allah ini dengan baik. 

13 January 2023

Teringin Nak Ada Office Sendiri

Salam Jumaat, semua 🥰 I am fully recovered selepas 2nd booster Isnin haritu hihi. Alhamdulillah syukur dah sihat.

Harini saja lah nak cerita pasal impian. Kita teringin sangat nak ada office sendiri tau. Duk imagine la mampu sewa kedai, hias bilik office sendiri, susun display stok kat kedai comel comel, pastu buat bilik sebelah khas untuk anak anak dan mampu hire babysitter khas untuk jaga anak anak.

Takde staff kedai takpe, janji ada yang babysit anak didepan mata kita. Hal kedai I setelkan sendiri. 

Pastu, nak bukak kedai tu ikut waktu operasi macam orang kerja office. Bukak 9 to 5 je. Weekend cuti, public holiday cuti. Sebab apa? Sebab nak cuba maintain babysitter/staff supaya diorang ada pilihan untuk stay berkerja dengan kita walaupun dah berkahwin, ada anak.

Sebab struggle bila wanita dah berkahwin ni nak kena kerja weekend and time public holiday. Kesian tau. I pernah berada disitu. Nak kerja, tapi dalam masa yg sama taknak abaikan anak dan keluarga sebab masa berkerja tak sama dengan suami contohnya. Nak mintak cuti weekend lagi susah nak dapat kan?

Bila buat cara ni, mungkin kurang sikit masalah terpaksa cari staff/babysitter baru berulang kali sebab asyik berhenti kerja je. Huhu.

Berangan je la dulu, kita tak tau hasilnya macam mana 😂 Tapi macam boleh cuba try test dulu kot. But make sure, modal kena jaga betul2 la.


Tak salah kan ada impian macam ni haha. Sekarang ni memang duduk rumah jaga anak je sambil buat bisnes jual tudung and inai. Income tu memang takdelah banyak sangat. Tapi kita tengah cuba untuk grow lagi bisnes kita ikut cara sendiri.

Yg waktu operasi macam kerja office tu memang nak macam tu. Nak fefeeling macam orang kerja ofis. Zaman sekarang ni, memang struggle nak dapat kerja kan? Lagi2 kita ni dah kawen, dah ada anak, pastu dah few years tak kerja. Huhu susah sikit orang nak hire kita sebab skill and pengalaman mungkin tak cukup.

Pastu, memang teringin sangat nak jadi sumber rezeki orang lain, dimana kita open vacancy buat anak muda diluar sana. Haa gittew.

Suka berangan macam ni, kengkadang bila ada time tu rasa insecure, overthinking, bila ingatkan balik diri tentang cita cita ni, i will instantly wipe away my tears and just continue doing what I need to do know. 

Saja simpan angan angan kat blog ni. Mana tau, soon tercapai jugak cita cita ni. Ada jugak kenangan pernah berangan dulu ❤️

10 January 2023

My 2nd Booster of Covid-19 Vaccination

Have you get your 2nd booster vaccine yet? Saya baru je cucuk semalam. Sakit jugak tempat cucuk ni, susah nak buat kerja kerja rumah. Kepala pun rasa agak berat and lemah sikit badan. Kalini dapat vaccine Pfizer untuk 2nd booster.

Untuk my 1st and 2nd dose, dan jugak 1st booster, semuanya AstraZeneca. Cucuk 2nd booster ni rasa macam masa cucuk 1st dose vaccine dulu. 2nd dose dengan 1st booster rasa rileks rileks je tak sakit. Hihi.


Semalam, anak bujang la yang teman pergi vaksin. Ayahnya ada meeting pagi semalam jadi tak boleh nak ambik cuti. Dah setel semua, Dini mintak karipap. Dah tengahari mana ada gerai jual karipap dah. So kita stop by Shell and jumpa karipap frozen kat situ. Goreng kat rumah je.

Balik tu, kita pun dah rasa lemah sikit lepas vaksin. Lepas layan Dini makan, kita pun makan nasik suku suku separuh kita (on diet), and terus rehat je. Rasa lain macam sikit untuk 2nd booster ni. Pagi ni pun masih terasa lemah and sakit kat tempat cucuk.

Mungkin akan ok dalam 1-2 hari ni nanti. InsyaAllah. Korang semua jangan lupa pergi ambik 2nd booster jugak ya. Gap 1st booster and 2nd booster saya ni pun dah setahun, jadi kena la ada penggalak imuniti badan ni dimasa kes Covid-19 makin meningkat ni.

Lagipun, saya ada plan nak mengandung anak kedua tahun ni, so I need that extra protection :)

That’s all for today story hihi. Have a nice day, semua <3

Assalamualaikum.