5 November 2012

Harta Kesayangans :)

Assalamualaikum :)

Setiap orang mempunyai harta kesayangan. Tidak dikira dibeli sendiri atau dihadiahkan oleh keluarga dan juga rakan-rakan taulan. 

*bajet macam nak buat karangan. SPM 2008 dah lame berlalu pergi, Jenn*

harta kesayangan

Ada diantara harta ini terkandung sentimental value yang tersendiri.

Pandadun

Orang yang bagi Panda ni suka benda comel comel acenggini. Ade satu hari tu singgah bilik dia. Tengok atas meja dia penuh dengan patung comel comel. Dia cakap dia gi borong kat Pesta Konvo (kalau tak silap akulah). Then, aku pun bergurau la dengan dia. 'Nak satu!!!!' sambil tersengih macam kerang busuk. Lepas tu dia pun bagila aku si Panda tu. Sebenarnye si Panda ni ade name dah. Tapi aku dah tak ingat nama tu. So, aku pun panggil la dia Pandadun. Masa second year dulu, waktu pening pening buat report kerja lapangan, waktu stress sorang sorang buat slide presentation kerja lapangan (heavy metals), Pandadun la yang teman aku. Suke main cak cak belakang lappy. Tapi bila aku tak perlukan dia, aku tendang tepi je. Kahkah. Takdela, elok je aku letak dia kat tepi katil. Pandadun comel kan? Walaupun tak reti senyum and suke buat muke selenge.

Kucing Purple

Kucing ni big sis aku yang bagi. Comel kan? Katenye client dia yang jual. So dia bagi adik adik dia sorang satu. Aku pilih warna purple sebab aku suka purple! :D Lepas tu ade loceng kat leher dia. Aku memang suke bunyi halus loceng ni even malam malam dengar macam seram je kan. Sepatutnya kucing purple ni letaknya tergantung kat handphone. Oleh kerana aku ni ganas sangat, maka terputuslah talinya. Dah la putus dekat station minyak. Nasib baik la ternampak dia terjelopok dekat sangat dengan tayar kereta. Sobs. Kalau aku tak nampak dah kena lenyek dengan kereta belakang. Bila tengok kucing purple ni mesti teringat kat kakak, lepas tu teringat kat Farouq, Hamzah, Raudhah. Lepas tu teringat kat kakmira, abang, abang chik and adik. Lepas tu teringat kat mama and bapak. Lepas tu teringat nak balik sekarang jugak!

Kucing merah putih

Yang ni aku beli sendiri. Tapi guna duit ayah aku. Hehe. Beli banyak banyak as a souvenir untuk kawan kawan khas datangnye dari Kuching sebab balik Kuching tak bawak kek lapis untuk diorang. (bajet lari wey lari). Tapi, kucing ni limited edition. Aku bagi kat orang yang aku nampak dulu je. Tak berniat nak menganaktirikan sesiapa. Yang ni aku tak bagi kat diorang sebab ade tebik kat sebelah. Tak comei nak bagi kat orang. So, aku pun simpanlah. Jadilah dia buddies si Pandadun and Kucing merah putih tu.


Kucing oren

Yang ni harta yang paling aku sayaaaaaanggg sangat! Siyes tak tipu. Orang yang bagi ni always ceria dan menceriakan. Kucing oren ni datang jaoh dari Langkawi. Waktu tu ade field trip pegi Langkawi. Dalam bas, tiba tiba orang yang bagi ni campak something berbalut surat khabar kat aku. "Piqa, sambuttt!!" Aku pun rasa aneh sangat haih aku campak balik kat dia. Haha. Punyelah suspicious waktu tu. Tapi bila bukak rupanye ade kucing oren yang comel ni. Comel kan? Kucing oren ni tak bergaul sangat dengan yang 3 ekoq kat atas ni. Duduknya dalam almari jadi tempat aku sangkut getah rambut aku, bracelet aku. Special tak special si Kucing oren ini pada aku?

*****************************************************************************

As the conclusion, bila orang buat baik kat kau Piqa, silalah ingat kebaikan yang orang tu buat. Orang tua tua kata, jangan jadi orang yang tak mengenang budi.

Whatever happen, aku tetap akan simpan kucing oren tu sampai bila bila. :')

Wassalam
Sincerely,
Jenn

6 comments:

Thanks for reading