23 October 2013

Holiday: Trip to Kuala Terengganu for My Convocation Day

Assalamualaikum :)

Tiga hari lepas ialah majlis konvokesyen aku. Hiks. Lega bila dah lepas konvo ni. So, aku fly to Ganu 18/10 pagi sebab tu petang ada raptai tapi tak pergi pun heheh. Family sampai lewat sikit. Tengah malam baru sampai. Kasihan mereka.

Sementara menunggu family sampai dengan selamatnya alhamdulillah ke Ganu. We'olls buat ler reunion secara tak sengaja. Hihih. Pergi makan makan and pesta konvo.

Atas kiri: Hawa
Bawah kiri: Azie
Bawah kanan: Zati @ Cik Ery

Esoknya, we'olls sempat buat photoshoot pre-graduate kat Masjid Kristal and Pantai Chendering. Sementara tunggu diorang bertiga di atas, aku and family pun bersiar siar kat Pantai Batu Buruk. Hik.


Afdal, adik bongsu aku excited betul dapat tengok laut. Kasihan. Hasrat nak mandi laut tak kesampaian. Risau nanti kena hanyut sampai Vietnam pula.


Kuda padi. Mama tak sampai hati nak naik sebab kesian. Kuda kecik bawak carrier berat lepas tu bawak lagi orang. Jadinya, ambik gambar dengan kuda je la.


Ehem. Fefeeling pwincess jap.


Pagi tu macam nak hujan. Takde la pagi sangat. Dekat nak tengahari la. Nasib baik hujan renyai je lepas tu panas terik balik. Huuu photoshoot di tengah panas bagai supermodel pula di Masjid Kristal and Pantai Chendering. Hew.


Oleh sebab terlalu panas, Hawa sampai nak makan jari Azie. Hihi.


Ada pula yang menyebok di belakang.


Haa gambar ni aku suka sangat sebab payung merah tu buat scene pantai ni cantiks.



Ada bebear comels sorang satu pemberian Hawa.



Hari konvokesyen sebenar.
20/10/2013


Maka, selesailah sudah pengajian aku selama 3 tahun di Universiti Malaysia Terengganu dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi Marin).

Tiga tahun yang bermakna. Feeling blessed. Alhamdulillah.


Semua comels and gantengs waktu konvo.



Entah bila boleh berkumpul dengan family BioM lagi. Tak semua ada ni.



Sehingga bertemu lagi Pulau Kapas. Selamat tinggal Terengganu. You have awesome monsoon seasons. I like it because I can fefeeling sejuk bak oversea.

Sekian saja dari Jenn,

Wassalam.
Sincerely,
Jenn.

14 October 2013

Resepi: Biskut Batik Cappucino

Assalamualaikum :)

Haritu aku macam dah lama tak makan Kek Batik. So, hasrat di hati ni nak la buat. Huhu. Housemate kite kat Ganu dulu, Azifah Yusof, dia niaga Kek Batik tau. Kek Batik dia sedap medap ai tell you.

Dulu, waktu kecik kecik (keciklah sangat), kitorang adik beradik selalu jugak buat Kek Batik tapi kitorang buh telur. Yang Azi punya tak buh telur. So, hasrat di hati nak 'tera' lah.

But, unforetunately, Kek Batik aku tak jadi. Dia tak masuk dalam freezer pun dia dah keras kejong. Nak potong pun separuh mati. Haha. Hanya Bibik yang mampu potong dengan cantik.

Alkisahnya, aku buh satu tin susu pekat tu. Sepatutnya, separuh je uolls. Pastu Azi cakap kena tambah air sikit sikit sampailah adunan tu jadi cair secukupnya.

Justeru, terjadilah Biskut Batik Cappucino accidentally. Tak jadi keknya -.-

Maka, terkocoh kocoh lah aku ke kedai runcit berhampiran untuk membeli bebahannya:


Sebungkus biskut Marie perisa Cappucino
Setin susu pekat
Sebungkus kecil Vico
Seketul butter
Kacang blender untuk hiasan

Acane nak buat:

  1. Baca Bismillah dan berselawatlah bagi yang muslim. Niatkan dalam hati nak menggumbirakan perut orang orang yang makan hasil tangan mung ni.
  2. Patah 4 biskut Marie. Semua dalam sebungkus biskut tu.
  3. Cairkan butter dalam kuali.
  4. Tambah setin susu pekat. Kacau sebati.
  5. Then, bolehlah masukkan Vico sikit demi sikit. Kacau hingga betul betul sebati dan takde ketul ketul Vico.
  6. Next, masukkan biskut dan gaul hingga semua biskut tersalut adunan coklat.
  7. Masukkan dalam loyang or tupperware. Tekan tekan kasi padat and rapat.
  8. Tabur taburkan kacang blender sebagai hiasan. Optional.
  9. Boleh letak dalam freezer or letak je atas meja pun boleh.


Siap pun Biskut Batik Cappucino versi Jenn.

Bibik and Big Sis kite cakap rasa dia macam karamel. Gitew


Amaran:

Mintalah orang yang lebih dewasa atau yang gagah perkasa untuk potong biskut ni. Aku tak mampu nak potong dengan cantik macam Bibik buat. Kalau aku yang potong nanti dia jadi biskut Marie balik. Hiks.

Till then, 
sekian saja dari Jenn.

Sincerely,
Jenn.

******************************************************************************

Actually, aku update belog time tengah kerja ni. Sekarang jam menunjukkan pukul 9.40 pagi. Kerja aku jaga kiosk roti dalam Kafeteria Kementerian Pengajian Tinggi. Of course lah waktu waktu cenggini ahkak and abam semua dah masuk ofis. Plagian (keluar lagi Indon dia), esok Hari Raya Haji. Maka, kafeteria ni sedikit sunyilah. Ramai yang ambik cuti balik kampung. Waktu sibuk aku dari pukul 7.00-9.00 pagi dan pukul 12.30-2.30 petang. Haruslah waktu breakfast and lunch bukan?

So, takkan pule aku nak duduk tercongok tenung siling and dinding lawa kafe ni dari pukul 9.00-12.30 petang dan 2.30-4.30 petang. Masa yang ada haruslah diisi dengan aktiviti berpekdah seperti menghupdate resepi yang aku try dalam belog ni. Barulah iolls boleh mengikitirafkan hari hari gua sebagai 'Productive Day'.

 Namun, ada juga suara sumbang mengatakan...

"Jaga roti ke online?", kata ahkak bulat berseragam putih seluar hitam kepada 2 orang lagi rakannya yang juga bulat dan berseragam serupa sambil berjalan keluar dari kafeteria selepas melantak breakfast dengan nada sindiran.

Automatically, kepala aku berpusing 180 darjah mencari empunya suara sumbang dan raut wajah. Haih terus panas muka iolls. Nasib baik aircond cafe ni sejuk.  Bolehlah menyejukkan hati yang panas sebentar tadi. Kalau ikutkan hati gua, mau aje aku golek golekkan beliau sampai masuk dalam Tasik Putrajaya tuh.

********************************************************************************

Resepi: Puding Biskut

Assalamualaikum :)

Di setiap hujung minggu jika ada kelapangan, sukacitanya daku men'try' segala resepi yang menarik kat tenet. Hew.

Resepi minggu ini jatuh kepada Puding Biskut. Resepi ni iolls accidentally found it kat Youtube waktu nak carik resepi Kek Batik. Hehe.


Sila klik kat video kalau nak tengok acane dia buat.

Resepi ni sangat mudah nak buat. Budak kicik pun terer uolls. Mari aku ceritakan puding biskut versi iolls ni. Hew.

Bahan-bahan:


10 keping crackers jagung
1/2 cawan susu pekat
2 biji telur

Acane nak buat:

  1. Pertama sekali, baca Bismillah dan berselawatlah bagi yang muslim. Niatkan dalam hati nak menggumbirakan perut mereka yang makan hasil air tangan mung ini.
  2. Crackers jagung hendaklah direndam terlebih dulu dalam air suam or air masak. Jangan guna air panas, kalau guna air panas nanti hancurlah biskut tu. Oleh sebab crackers jagung yang aku beli ni saiz kecil so aku tambah lagi 5 keping.
  3. Next, blend telur bersama susu pekat sehingga sebati.
  4. Masukkan crackers yang telah lembut. Air rendaman sila buang ye.
  5. Then, blender lagi sampai sebati.
  6. Masukkan adunan dalam loyang.
  7. Kukus selama 20 minit.
Maka, terjadilah Puding Biskut versi Jenn. Mew.


Nak tau dia dah masak ke belum? Tekan tekan guna sudu. Jangan cucuk nanti tak comei. Kalau dah keras tu maknanya dah masak la.

:)


Dah pun siap. Boleh la hidang dengan teh panas untuk minum petang. Makan sejuk sejuk lagi sedap uolls.

Till then,
sekian saja dari Jenn

Wassalam
Sincerely,
Jenn

7 October 2013

Tips: Kewangan

Assalamualaikum :)

Semalam, aku join satu seminar with my big sis dekat Putrajaya. Seminar yang berbunyi Seminar Wang & Pelaburan 2013 oleh Tuan Shamsuddin Kadir. Gitew.

Meskipun aku masih muda iaitu berumur 22 tahun dan baru habis belajar yang orang kata baru nak bernapas lagi ni, big sis tetap 'heret' saya ke sini. Kerana apa? Kerana saya masih muda. Banyak lagi ilmu yang perlu dituntut termasuklah ilmu kewangan seperti ini.

"We think we smart"

Kata-kata ini aku petik dari mentor keusahawanan waktu aku masih study dulu. Beliau pernah gagal. Antara sebab kegagalan adalah tak cukup ilmu katanya berterus terang. Kekadang kita rasa kita dah cukup, tapi hakikatnya tidak.

:)


Kenali Tuan Shamsuddin Kadir. Pengenalan yang singkat semalam mengklasifikasikan beliau sebagai seorang yang sempoi


Gitew. Siap boleh bedah wang gaji. Hew.

Ilmu yang aku dapat semalam tak mungkin lah dapat aku ceritakan semua kat sini. Justeru, aku pilih yang paling important lah iaitu:

Bagaimana mahu mengurus wang gaji anda?

Tak kisah gaji tu RM600 sebulan ke, RM 10 000 sebulan ke, kerja Cleaner ke, Menteri (apesal Bold ni derr?) ke, tetap kena mahir ilmu pengurusan wang. Hence, tak lah duit tu mengalir ke tempat yang tidak betul dan kita juga tak terdedah kepada keterjebakan hutang. Peh. Ayat tu betul macam tak belut. Eh? Belut pulak.

Tanpa membuang masa aku nak terus bagi contoh

Bahagikan gaji anda kepada tiga bahagian

Katakan gaji anda sebulan adalah sebanyak = RM600

10% = Bayar kepada diri sendiri = RM60
20% = Tabung kecemasan          = RM120
70% = Belanja/Loan                   = RM420

Mari aku definisikan setiap 3 bahagian di atas.

Bayar kepada diri sendiri
Bahagian simpanan. Termasuklah untuk pendidikan. Sebagai contoh, Si Jenn suka gilos dengan seni bakeri. Dia nak gi belajar bakeri guna duit ni la. Hew.

Tabung kecemasan
Malang tidak berbau. Sebagai contoh, Si Jenn suka rempit ngan cik nacos laju laju. Tiba tiba terlanggar semut, jatuh patah kaki. Duit nak bayar kat hospital ambik dari sini la. Heheh.

Belanja/Loan
Kenapa 70%? Memang perbelanjaan kita sebulan ialah daripada 70% jumlah gaji. Sebagai contoh, Si Jenn ni even dia tak kawen lagi tapi belanja kemain. Minyak cik nacos (minyak naik tau), makan (belanja paling banyak), roadtax/insuran cik nacos (insuran diri sendiri pun takde), servis cik nacos, toiletries, skincare product, novel ramlee awang murshid, topup and etc. Jangan berbelanja lebih dari 70% wang gaji.

Bagaimana? Sudahkah anda buat calculation?


Di akhir sesi, Tuan SK menghadiahkan wasiat pusaka untuk setiap yang datang. Alahai sweet. Wasiat beliau adalah seperti yang tertulis atas kertas pink, hijau dan biru.

Wasiat berbunyi...

"untuk hidup senang dan bebas, saya tidak mahu lagi mengubahsuai kereta dengan aksesori"

"saya tidak lagi akan membeli handbag, selagi hutang saya tidak habis"

"untuk hidup senang, saya tidak lagi membeli baju-baju berjenama"

Gitew wasiat pusakanya.

Banyak pengajaran yang aku dapat dari Tuan SK. Salah satunya yang terpenting, jangan mewujudkan kemewahan palsu. Untuk menaikkan harga diri, ramai orang berbelanja lebih daripada apa yang dia mampu. Hidup nampak mewah tapi hutang keliling pinggang. Bila nak kaya?

Tak payah carik contoh lain. Tengok je Si Jenn tu. Baru je habis belajar dah berhutang (PTPTN). Tak kan nanti nak beli kereta and rumah pun nak berhutang? Dah tu? Bila nak kaya nya?

Sebenarnya ada cara untuk tak menambahkan hutang. Aku pun masih kabur lagi dengan ilmu ni. Harapan satu hari nanti dapat join seminar seminar macam ni di kemudian hari.

Ada banyak lagi tips pengurusan wang yang kita boleh pelajari. Google saja and tentukan yang mana satu tuan puan nak ikut. Tak semestinya terikat dengan cara yang sama. Yang paling terbaik (dah paling 'ter' lagi, ini yang kita panggil penegasan), pergi menuntut ilmu dengan orang yang berilmu.

Akhir kata



Till then..

Wassalam

Sincerely,
Jenn.

2 October 2013

Touch Up Belog

Assalamualaikum :)

Sahaja aku memberitahu bahawa aku telah mentacap belog ini kerana.... dia dah lama tak make up. Hihihi. Background nak Eiffel Tower. Kite kan teringin nak panjat satu hari nanti. Dah lama kan tak bercerita kat sini. Dulu gedik betul nak bercerita. Lepas tacap belog tetiba rasa gedik nak bercerita pulak. Biasalah...gedik.

Meh aku cerita.....

Lepas habis praktikal bulan 8 haritu, aku tak balik Kuching pun. Aku stay dengan akak aku kat Bangi. Sekarang kerja part-time jaga roti. Hari hari makan roti. Rezeki. Alhamdulillah. Nasib baik mama tak merajuk dengan kite hehe. Kebetulan, akak aku nak pindah rumah. So, aku tolong la dalam urusan berpindah randah.



Tuan puan ingat tak kisah si Merang? Dia kan dulu gemok sangat. Kucing pun macam manusia. Terdedah dengan penyakit. Kucing pun boleh obes. So, program diet untuk Merang bermula. Makanan dicatu tapi still bagi ikut berat and keperluan dia. As the result, haaa jadi ler kurus macam gambar atas kiri tu. Kalo tak membulat je macam gambar bawah tu. Oleh sebab dia dah kurus, dia boleh telus grill beranda rumah. Curiosity kills the cat. Dia terjun dari tingkat 2. Salah landing. Gigi taring patah, kaki terseliuh and mulut berdarah sikit. Gambar atas kanan tu ialah wajah keinsafan si Merang. Lepas dari tradegi tu, dia tak berani pun nak keluar dari rumah lagi hahah.


Let me introduce you all to Ceki. Ceki ni si puppy comel yang ada dekat tempat akak iolls tinggal. Ada lagi sekor puppy tapi Ceki paling comel *pilihkasih*. Petang petang balik kerja selalu nampak diorang main main dengan mak diorang dekat dengan pintu masuk kat pakgad. Pakgad baik. Selalu bagi makan kat diorang ni. Comel sangat budak ni. Rasa macam nak picit picit je. Tapi tak boleh. Nanti kena saman tak semena. Padahal main dengan anjing je. Bukan menghina apa apa pun. Anjing pun ciptaan Allah swt. Allah tidak mencipta sesuatu dengan sia sia.


Lepas habis belajar banyak masa kan? Bagi aku, kalau tak buat apa apa boleh mati akibat kebosanan. Justeru, aku belajar baking dari Youtube. Youtube je uolls. Belum ada rezeki nak pergi kelas and menuntut ilmu dari mentor-mentor berpengalaman. Heheh saya budak baru belajar. Hodoh je cake. Nasib baik ade anak sedara tolong makan. Anak anak sedara iolls sweet tooth belaka.



Aku kerja part time dekat Putrajaya. Jaga kiosk Jojo's Rotibun & Bakeri dekat kafeteria Kementerian Pendidikan Tinggi. Gambar atas ni ialah pemandangan matahari terbit kat Putrajaya. Bangunan bulat tu adalah PICC (Putrajaya International Convention Centre). Ye, aku keluar rumah pukul 6.15 am. Awal an an? Jika tidak, masakan aku bisa menangkap gambar sunrise itu? Malam pengsan awal. Wuuu magical.


Haritu jumpa cik Ainan Tasneem kat Bangi Gateaway. Dekat sangat dengan rumah. Dek kerana excited bila dapat tau cik Ainan ada show kat situ, aku pun pergilah Bangi Gateaway tu sensorang. Shopping complex ni baru bukak. Irma Hasmie and family pun ada. Husband dia... subhanallah handsome sangat. Tapi aku lagi excited nak jumpa Ainan. Kihkih. Alahai adorable sangat dia nih.




Haritu waktu cuti Hari Malaysia, kitorang pergi Pangsun Heights (nama sebenarnya ialah Air Terjun Pangsun jer pon).Tapi serius tempat ni sangat tinggi. Hew. Tinggi, sejuk, cantik gilos. Air kolam renang ni dipam dari air terjun. Bukan air kolam berklorin. Giler sejuk kat atas tu. Yang paling seronok haruslah Farouq, Hamzah and Raudhah. Tempat percutian paling sesuai bagi mereka yang tak suka panas suka sejuk bajet Puteri Lilin macam iolls and akak iolls. Hiks.


Ingat lagi tak dengan cik Juna? Sekarang member yang jaga. Bila rindu, kite suka cilok gambar Juna dari wechat, instagram, facebook Kokde. Heheh. Juna dah ade kawan. Tak la sunyi kan Juna? Gambar atas kiri tu gambar latest si Juna. Si Juna Golong. Dah besar dah.


Haritu keluar ngan cik Nisa. Kitorang mentawaf MidValley dengan jayanya. Keluar masuk setiap kedai sampai nak patah kaki. Turun naik setiap floor nasib baik tak sesat. Yang penting, aku dapat novel baru Ramlee Awang Murshid. Magis. Weee. Gambar atas kanan tu ialah Mango Loloand Kiwi Lolo from Jonker Sweet. Sedap ngat! Dia macam ABC tapi ais dia kisar sangaaaaat halus. Tempting gila

Panjang pulak cerita. Saje nak tempek gambar kat belog. Dah lama tak buat kot

Till then, 

Wassalam.
Sincerely, Jenn