19 September 2014

30 Days of Challenge (Day 11): Kenangan Zaman Kanak kanak

Assalamualaikum :)

I was born in 1991. We, the 91's baby were live in a great great great childhood memories. Zaman belum ada touchscreen.

Cuba list kan apa je yang kita tak main waktu kecik kecik dulu?

Masuk parit tangkap ikan ikan kecik guna penapis teh mama. Masuk kolam tangkap berudu and bela sampai ekor dia hilang and tumbuh kaki. Masak siput babi kat unggun api waktu mama bakar sampah. Main dengan cacing tanah.

And zaman tu, roller blade sangat famous and semua orang nak mintak parents belikan. Main sampai lutut luka luka.

Yang tak boleh lupa, lepas maghrib pergi mengaji. Balik dari mengaji, selalu sangat kena kejar anjing. Masa tu, akulah adik paling kecik. Kakak, abang, kakmira dah kat depan. Laju je cabut lari. Haih waktu tu kaki pendek lagi. Tapi, anjing tu tak gigit pun. Dia kejar je.

Waktu kecik kecik, masa dirasakan begitu panjang and lebih dari cukup. Waktu rehat je mesti main lompat tali. Gigih sama sama buat lompat tali tu guna getah sayur. Wahahaha ini win!

Lagi satu, kutip batu buat batu seremban. Ada jugak parents baik hati taknak kasi tangan anak dia kasar buatkan batu seremban kain isi dia kacang. Waktu tu, masing masing menunjukkan kehebatan lawan siapa dapat ke peringkat paling tinggi.

And satu lagi kenangan kecik kecik. Yang ni aku sorang je yang buat kot. Main payung tengahari retak. Yelah, zaman kecik kecik mana ada benda nak buat. Ke hulu ke hilir dengan payung. Main sorang sorang. Haha. Payung besar free yang mama dapat dari office lol. Puteri lilin sangat.

Haih. Zaman dulu dulu. Syok sangat.

Half of the siblings

Sekarang semua dah besar. Hihi. Mama cerita, zaman kanak kanak dia dulu lagi win. Mama dulu dulu bukan gadis ayu yang lemah lembut. Dia sangat lasak. Baca buku lepak atas pokok. Kalau merajuk pun duduk atas pokok wahaha.

Sampai disini sahaja kisah zaman kanak kanak Jenn.

Till we meet again in the next challenge!

Wassalam.

2 comments:

  1. i miss my childhood memories too! always the best memories.


    no problems and we just play and play. hee.



    now. no more. sobs

    ReplyDelete
  2. Kan.keje kite main je la waktu tu hahaha

    ReplyDelete

Thanks for reading