22 May 2015

Review Buku: DIAgnosis2

Asalamualaikum :)

Dah baca DIAgnosis?

Ditulis oleh 3 orang Doktor iaitu Dr Anwar Fazal, Dr Aizzat dan Dr Azzah.

DIAgnosis ialah the Bestseller novel of 2014.

Diterbitkan oleh WhiteCoat Enterprise, Sekuel DIAgnosis2 pula muncul dengan 4 lagi penulis selain nama diatas yang juga Doktor. Dr Fatin Liyana, Dr Beni Rusani, Dr Mafeitz dan Dr Mahyuddin



Siapa sangka Doktor juga hebat menulis?

Penulisan Dr Anwar Fazal, meskipun 'light' namun penuh dengan peringatan dan menggalak kita berfikir semula apakah tujuan hidup di atas muka bumi ni. Apapun yang terjadi dalam hidup ini, kembalilah pada Allah. Cinta yang sebenar.

Penulisan Dr Aizzat & Dr Azah kali ni tak gagal buat aku menangis. Sama macam cerita cerita mereka dalam DIAgnosis.

Tak kurang juga penulisan Dr Fatin Liyana. Sememangnya blogger yang aku sukai akan personalitinya. I read her blog since 2011.

Penulisan Dr Beni kebanyakannya kisah berkenaan pesakit jantung yang menyentuh hati. Dr Mahyuddin dengan kisah Bomoh vs Doktor. Aku pun jadi pelik kenapa orang jumpa bomoh untuk rawat penyakit.

Doktor Mafeitz dengan kisah Doktor yang menjadi sukarelawan, berjihad ke negara negara seperti Palestin, membantu saudara Islam di sana. Tak semua orang mampu begitu.

Bukan calang calang orang boleh jadi Doktor. Kalau setakat nak gaji besar, lebih baik kuburkan saja. Ataupun reset minda, bak kata Prof Dr Muhaya. Tak lupa juga siapa yg nak bersuamikan Doktor tuh, tetap juga kena tabah sebab berkongsi suami dengan masyarakat :p

Nurse pun, bukan calang calang orang boleh jadi nurse. Tabah betul hati mereka ni. Semoga terus menanam saham akhirat di dunia dan diberikan nikmat Allah untuk menuai hasil di kampung halaman nanti.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Thanks for reading