16 January 2017

The WINNERS for GIVEAWAY By PULSERA MY Goes To...

Assalamualaikum
Hai :)

Hari ini, hari Isnin bersamaan dengan 16 Januari 2017, berakhirlah Giveaway by Pulsera MY! Giveaway ini telah disertai oleh 32 orang bloggers. Saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi join my simple first Giveaway ni. Bila korang join, maka semakin tersebarlah nama PULSERA MY ni. Dan dengan itu, semakin gembiralah saya. Bila saya gembira, saya insyaAllah akan buat lagi Giveaway seperti ini.


Seperti yang dijanjikan, 3 pemenang akan dipilih berdasarkan random pick. Setiap contestant saya dah listkan dekat entry GA, boleh klik SINI untuk cek nombor masing masing.

Ok, soooo!

THE 3 WINNERS GOES TO....

1st winner: Number 7 http://www.sheilainspire.com/2016/12/giveaway-by-pulsera-my.html

2nd winner: Number 21 http://jombercontest.blogspot.my/2016/12/giveaway-by-pulsera-my.html

3rd winner: Number 2 http://adna2029.blogspot.my/2016/12/giveaway-by-pulsera-my.html  

Yay! Tahniah diucapkan kepada 3 pemenang yang telah dipilih secara random di atas :D I hope you guys are HAPPY to receive my GIFT to you all. Please WhatsApp +60148429745 untuk berbincang tentang design bracelet yang awak awak nak eh ;) In case winners tak baca entry ni, saya akan notify kat blog awak either kat Chatbox or Comment.

Thank you again yang sudi join this simple Giveaway :D I'm so happy!

Oh before I forgot! Pulsera MY akan mula taking order starting from tomorrow ya! Jom follow IG @pulsera.my untuk tengok design design yang saya dah pernah buat. Bracelet ni sesuai untuk gift yang awak nak bagi dekat kawan kawan, hadiah birthday ke apa. It will be such a memorable gift for someone you love or you care the most.

Till then,
Wassalam.

Giveaway by Pulsera MY

Assalamualaikum wbt :)



TARIKH: 12 DISEMBER 2016 - 16 JANUARI 2017

Hi, dengan ini saya nak ajak semua join Giveaway yang pertama sekali saya buat bersempena dengan NEW YEAR BRACELET COLLECTION BY PULSERA MY yang hanya akan mula dijual pada tarikh 17 Januari 2017 nanti. Giveaway yang saya buat ni kira macam sneak peak untuk release collection baru dari PULSERA MY. Join Giveaway ini dan anda berpeluang menjadi salah satu daripada 3 pemenang yang akan menerima seutas bracelet exclusively hand made from PULSERA MY.

Ikuti syarat syarat yang mudah dibawah:

1. Save gambar banner dan link kan ke entry ini.
2. Mesti letak tajuk entry "Giveaway by Pulsera MY"
3. Copy link entry anda dan paste kan di ruangan komen blog ini.
4. Post gambar banner di IG personal anda dan tag @pulsera.my dan 3 orang rakan anda. Pastikan IG anda Public ya (Hanya sekali post sahaja, tak perlu banyak banyak) *YANG TAKDE IG TAKPE, BOLEH SKIP THIS SYARAT*

Eh, mudahnyaaaa. Tak banyak syarat. 4 syarat je :D Hadiah yang bakal pemenang dapat adalah seperti gambar dibawah.



View also this video I just uploaded it on YouTube :)




Inilah antara koleksi warna warna baru PULSERA bracelet. Bracelet ni adalah exclusively hand made dan custome made yang bernilai antara RM10 hingga RM15 setiap satunya. Diperbuat daripada Glass Faux Pearls Beads (pastel green, purple and off white beads), Rondelle with Czech Rhinestones (manik shining kecil), cat's eye glass beads (yellow), butterfly charms, clamshell charms, toggle clasp dan beading wires.

Untuk pengetahuan semua, beading wire PULSERA MY ni adalah daripada jenis wire yang tidak berkarat. Toggle clasp pun tak berkarat. Bila guna wire, bracelet tak akan mudah putus, kan? Hmm begitu berbaloinya kalau dapat menang bracelet ni. Dah la cantik!


Bukan tu sahaja, pemenang boleh request design macam mana dia nak, warna apa, nak letak charms or taknak. Nama pun custome made kan? Untung la siapa yang menang nanti tu. Heeeee. So apa tunggu lagi? Tarikh tutup 16 Januari 2017 tau! Jom ajak kawan join ramai ramai!


Till then,

Good luck!

SENARAI PESERTA:


Senarai peserta akan di update dari semasa ke semasa. Nanti cek tau ada tak nama korang kat senarai ni. Pastikan korang tinggalkan link entry kat komen dibawah :)







23. http://akuhanyagadiskampung.blogspot.my/2016/12/giveaway-by-pulsera-my.html

24. http://thezafirahnazri.blogspot.my/2016/12/giveaway-by-pulsera-my.html

25. http://darihatimissmulan.blogspot.my/2016/12/giveaway-by-pulsera-my.html

26. http://imthetroublemaker.blogspot.my/2016/12/giveaway-by-pulsera-my.html

27. http://www.sallysamsaiman.com/2016/12/giveaway-by-pulsera-my.html

28. http://mummysupplementshop.blogspot.my/2016/12/giveaway-by-pulsera-my.html

29. http://missatikahrashid.blogspot.my/2016/12/giveaway-by-pulsera-my.html

30. http://itsmelyya.blogspot.my/2016/12/giveaway-by-pulsera-my.html

31. http://hootiecyum.blogspot.my/2017/01/giveaway-by-pulsera-my.html

32. http://kotakconteng.blogspot.my/2017/01/giveaway-by-pulsera-my.html



9 January 2017

How To Pick The Best Women Slippers




Kasut memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Ianya sudah menjadi antara yang paling asas untuk setiap orang miliki. Cuba anda bayangkan jika anda keluar dari rumah tanpa mengenakan kasut. Anda pasti akan dipandang oleh orang sekeliling dengan pandangan yang penuh hairan!

Terdapat banyak jenis kasut wanita terkini di luar sana dalam pasaran bersama pelbagai rekaan menarik dengan stail yang berbeza. Namun slippers ataupun selipar masih menjadi antara pilihan kegemaran ramai wanita kerana sifatnya yang versatile dan sangat mudah untuk dipakai bagi yang sukakan stail penampilan yang ringkas. Ianya juga merupakan pilihan terbaik untuk dipakai ketika bercuti terutamanya di tepi pantai dan pulau.

Namun sebelum anda dapatkan selipar yang baru terdapat beberapa tips on how to pick the best women slippers yang anda harus ketahui.

Antaranya adalah:

·        1.  Beli flip flop for women yang berkualiti tinggi dan bahan yang lembut untuk mengelakkan iritasi ataupun kesan melepuh.

·         2. Bengkokkan flip flop tersebut untuk memastikan ia bengkok di bahagian bawah tapak kaki berdekatan dengan jari. Kasut yang baik tidak boleh dilipat!

·         3. Cuba kasut itu dan pastikan jari anda tidak terkeluar daripada saiz flip flop.

·        4. Dapatkan flip flop yang kukuh untuk mengelakkan tapak kaki anda daripada kelihatan kasar seperti kaki atlet ataupun penyakit ketuat kaki.


·       5. Jangan pakai berterusan untuk tempoh yang terlalu lama. Jika sudah rosak, buang sahaja.



7 January 2017

Resepi: Kerang Masak Kicap, Halia dan Serai

Assalamualaikum wbt
Hai :)

So, semalam saya masak resepi ni. Budak budak rumah terkejut dan tanya saya "Akak masak macam mana kerang ni? :D Saya tahu rebus je selama ni". Actually, saya pun terkejut bila tengok diorang terkejut. Ahaha.



Mama saya selalu masak macam ni kot. Jadi, tiada apalah yang menghairankan bagi saya. I pun mesej la Mama, "Ma, budak rumah semua pelik Piqa masak macam ni >.<", seraya menghantar gambar masakan kerang I pada beliau.

Mama pun reply, "Orang Sarawak je kot yang masak macam ni". FYI, my Mom is Perakian and kami adik beradik and Ayah semua IC Sarawak. Justeru, pertembungan budaya antara Semenanjung & Sarawak antara kami tidaklah menyebabkan kami rasa masakan ni pelik. Hikhik.

So, nak bagitau yang rugi sangat kalau tak cuba resepi ni. Yang berani mencuba, cubalah. Sedaplaaaa. Love sangat!

Let me begin,

Bahan-bahan:

4 ulas bawang putih (hiris halus)
2 batang serai (hiris)
1 inchi halia (hiris ikut suka)
Cili padi (hiris - ikut kesukaan nak letak banyak mana)
Kicap (kicap masin Jalen la sedap)
Sekilo kerang
Air

Cara memasak

1. Bersihkan kerang secukup bersih
2. Panaskan 3 sudu besar minyak masak
3. Tumis bawang putih, serai, halia dan cili padi hingga naik bau wangi
4. Masukkan kerang, gaul dengan tumisan tadi hingga kesemua kerang tersalut dengan aroma sedap wangi tumisan. Biarkan kerang masak hingga kita nampak air kerang tu keluar. Aaa manisnyaa!
5. Bila nampak kerang dah terbuka tu, masukkan kicap masin secukup rasa. Kalau suka berkuah, tambahla air ikut suka.
6. Saya tak bubuh garam sebab kicap dah masin :)

Siap dan sedia dihidang dengan nasi panas dan sayuran! Ya Allah, sedap giler. Syukur Alhamdulillah.

Sebab saya suka pedas, saya letak cili padi. Bagi yg tak tahan pedas, janganla letak. Cili merah yang biasa tu dah cukup dah.

Okay, happy trying ladiesss!

Till then,
Wassalam


4 January 2017

Book Review: Diagnosis Apokalips

Assalamualaikum :)
Hai!

Harini saya nak bercerita tentang satu buku yang saya dah habis baca ni. Buku dia nipis je. Namun, bahasa dan istilah yang digunakan membuatkan saya mengambil masa yang sedikit lama untuk menyudahkannya.



Ditulis oleh doktor doktor kita yang berjiwa halus dan sangat pandai menulis. I like it! Tak sangka ya seorang doktor pun boleh menulis dengan menggunakan baris baris ayat yang indah.

Diagnosis Apokalips ni berlatarbelakangkan kisah kisah dan pengalaman menempuhi dugaan ketika banjir pada hujung tahun 2014 yang melibatkan kawasan pantai timur Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Adik saya pun pernah terkandas dekat kampus UMK Jeli masa tu. Memang takde line, tak boleh nak keluar cari makan. Adik bernasib baik sebab kawasan kampus tu terletak di kawasan yang lebih tinggi. Cuma, nak escape dari tempat tu tak boleh sebab jalan tutup.

Cerita yang paling saya suka and terkesan dekat hati saya ni ialah cerita yang ditulis oleh Dr. Mahyudin dan Dr. Beni Rusani. Sedih baca sampai sebak nak nangis. Menjadi seorang doktor tu bukan mudah ya. Menjadi hero pun bukan setakat selamatkan orang and diberi tepukan gemuruh je. Mesti disusuli dengan keikhlasan tulus dari hati. Yelah, syurga itu mahal harganya :)

Dengar cerita, ada buku Diagnosis baru nak keluar 11 Jan ni. Genre sedikit berbeza. Haaa saya taknak la beli. Tengok video dah takut hahaha. Nanti tak boleh nak tido pulak.

Sekian sahaja untuk hari ini :)

Till then,
Wassalam.