8 March 2021

Shopee Review : Baju Tidur Comel

Terjatuh cinta dengan baju tidur comel ni bila nampak dekat IG story Adiela Ridzuan dulu. Ada yg tanya dia beli kat mana. Terus dia share link shopee tu. Harga sangat berbaloi dengan kualiti. Sepasang tak sampai RM30 pun hihi.


Masa first time beli, pilih 2 design je dulu. Suka sangat yang biru ni. Comel je warna dia. Material kain pun berkualiti. Walaupun tak tido dalam aircond, saya tak rasa panas sangat pun. 

Kain sedap pakai. Macam cotton + polyester. Tak mudah koyak. Tak mudah luntur warna. Tak nipis sangat. Jahitan pun elok. 



Ini design kedua yg saya pilih. Warna comel je semua. Dari segi sizing, korang kena ukur betul betul tau. Bak kata Adiela Ridzuan, dia saiz XS tapi untuk baju ni dia kena ambik saiz M. Dua kali lebih besar. Sama macam saya. Saya saiz M, kena ambik XL. Sedang elok. Make sure tengok saiz betul betul ya. Ukur dulu. Sebab body proportion setiap orang tak sama. 



Sebab puas hati, saya repeat order. Pilih 2 lagi design. Best! Selesa pakai. By the way, shipping is from China. So ambik masa dalam 1 hingga 2 minggu nak sampai pada kita.


Pilih kaler ni sebab lembut je kan? Design semua cecomel. Nanti serious nak repeat lagi nak cukupkan 7 pasang. Setiap hari pakai baju tidur ni je 🤣 Tak pandang dah baju kelawar hahahaha


Nanti repeat order, nak ambik yg ni. Comel pulak kotak kotak macam ni.

So if korang suka and rasa berbaloi nak cuba, try usha kat SINI k!

Happy trying! ❤️

2 comments:

  1. cantik gila design ! thanks sharing links :)

    ReplyDelete
  2. Comelnya. Macam dah lama tak membeli baju tidur macam ni.

    ReplyDelete

Thanks for reading