05 October 2021

Melayan Drama Lama : Dari Mata Arisa

Assalamualaikum and hi! Sekarang ni mood nak layan drama je. Teringat pulak kat my fav drama ni, Dari Mata Arisa ❤️ Lama giler dah drama ni. 13 tahun yang lepas. Tahun 2008, I baru 17 years old masa tu hahah.

Suka sangat lakonan Ayu Raudhah dalam drama ni. Minat sangat kat dia. Taktau la kalau korang tau tak drama ni pernah ada, main kat TV1 dulu.


Saja layan drama lama. Nak relaks relaks je malam bila siang dah penat dengan hal hal Suribisnes. Malam kira waktu berehat and spend time for myself je. 

Sejak dah ada anak ni, tak layan sangat dah cerita cerita ganas 😂 Entahla, nak layan yang rileks, chill chill je. 

I layan kat YouTube je. Mujurlah ada yg baik hati upload semua episode kat YouTube. Anytime nak layan, search je. I memang jenis suka layan drama repeat banyak kali. Haha.

Haritu layan 1 drama Korea ni. Haaa nanti I share pulak drama Korea yg mana 1 😘 Buat masa ni nak layan Dari Mata Arisa je. Dulu pernah baca novel cerita ni. Drama ni adaptasi dari novel Kau Sayangku. Siapa pernah baca? Angkat tangan sikit!

Zaman saya sekolah menengah dulu, sekitar tahun 2004-2008, novel cintun memang famous among us. Almaklumlah zaman tu mana ada smartphone lagi. So banyak spend time baca novel je waktu lapang ❤️

Mengimbau kenangan sangat bila layan balik drama lama. Oklah I nak sambung layan drama. 

No comments: