13 January 2023

Teringin Nak Ada Office Sendiri

Salam Jumaat, semua 🥰 I am fully recovered selepas 2nd booster Isnin haritu hihi. Alhamdulillah syukur dah sihat.

Harini saja lah nak cerita pasal impian. Kita teringin sangat nak ada office sendiri tau. Duk imagine la mampu sewa kedai, hias bilik office sendiri, susun display stok kat kedai comel comel, pastu buat bilik sebelah khas untuk anak anak dan mampu hire babysitter khas untuk jaga anak anak.

Takde staff kedai takpe, janji ada yang babysit anak didepan mata kita. Hal kedai I setelkan sendiri. 

Pastu, nak bukak kedai tu ikut waktu operasi macam orang kerja office. Bukak 9 to 5 je. Weekend cuti, public holiday cuti. Sebab apa? Sebab nak cuba maintain babysitter/staff supaya diorang ada pilihan untuk stay berkerja dengan kita walaupun dah berkahwin, ada anak.

Sebab struggle bila wanita dah berkahwin ni nak kena kerja weekend and time public holiday. Kesian tau. I pernah berada disitu. Nak kerja, tapi dalam masa yg sama taknak abaikan anak dan keluarga sebab masa berkerja tak sama dengan suami contohnya. Nak mintak cuti weekend lagi susah nak dapat kan?

Bila buat cara ni, mungkin kurang sikit masalah terpaksa cari staff/babysitter baru berulang kali sebab asyik berhenti kerja je. Huhu.

Berangan je la dulu, kita tak tau hasilnya macam mana 😂 Tapi macam boleh cuba try test dulu kot. But make sure, modal kena jaga betul2 la.


Tak salah kan ada impian macam ni haha. Sekarang ni memang duduk rumah jaga anak je sambil buat bisnes jual tudung and inai. Income tu memang takdelah banyak sangat. Tapi kita tengah cuba untuk grow lagi bisnes kita ikut cara sendiri.

Yg waktu operasi macam kerja office tu memang nak macam tu. Nak fefeeling macam orang kerja ofis. Zaman sekarang ni, memang struggle nak dapat kerja kan? Lagi2 kita ni dah kawen, dah ada anak, pastu dah few years tak kerja. Huhu susah sikit orang nak hire kita sebab skill and pengalaman mungkin tak cukup.

Pastu, memang teringin sangat nak jadi sumber rezeki orang lain, dimana kita open vacancy buat anak muda diluar sana. Haa gittew.

Suka berangan macam ni, kengkadang bila ada time tu rasa insecure, overthinking, bila ingatkan balik diri tentang cita cita ni, i will instantly wipe away my tears and just continue doing what I need to do know. 

Saja simpan angan angan kat blog ni. Mana tau, soon tercapai jugak cita cita ni. Ada jugak kenangan pernah berangan dulu ❤️

3 comments:

  1. Tak salah sis, angan-angan itu juga bisa jadi doa 😊

    ReplyDelete
  2. tapi kalau waktu operasi tu buat waktu office agak payah juga rasanya nak dapatkan sales unless kedai beroperasi dikawasan yg ramai org office boleh singgah during lunch hour.

    just my 2cents

    ReplyDelete
  3. macam ada post bertajuk :

    My Second Pregnancy Journey : Full With Tears

    tapi bila masuk, takda dah katanya u cannot find.

    ofis sendiri syok :)

    ReplyDelete

Thanks for reading