28 November 2023

Misi Turunkan Berat Badan Bermula

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul πŸ˜† Berat saya lepas bersalin hanya turun 5kg je guys. Naiknya 11kg, turunnya sikit. Ada lah tu lebihan lelemak yang masih tersisa.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Starting weight --> 69.2kg (27 November 2023)

Current BMI --> 28.1 (24.9 is considered healthy)

Target weight --> 50kg

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Justeru, setelah habis tempoh berpantang 45 hari, saya kena sambung lagi berpantang nampaknya. 

Benda pertama kena betulkan, healthy lifestyle. Kena jaga makan and kena stay active!

So harini kita mulakan dengan menjaga portion supaya tidak makan secara berlebihan. Namun, tidaklah terlalu strict dari segi penjagaan kalori kerana masih lagi dalam tempoh menyusukan baby. Kang strict sangat ada yg drop susu kita kang.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

What I eat today (27 November 2023) :

Breakfast --> Sekeping roti paratha frozen dimasak atas pan dengan sedikit marjerin + sepotong ikan sardin with kuahnya + segelas hot plain green tea

Snek pagi --> Sebiji oren sunkist + segelas hot plain green tea 

Lunch --> Nasi putih + sepotong ikan sardin with kuah + sayur (kubis, carrot, baby corn, tomatoes) + peria crispy + segelas hot plain green tea

Snek petang --> Apollo Checker! Sedapnya πŸ˜‹ Sebab ibu mertua kita kasi, kita makan je. Sekotak tau dia bagi haha! Limit makan sehari satu je. 

Bak kata Kayla Itsines, kita jangan sibuk nak kurangkan makan tapi sebaiknya fokus pada variety of nutrients dalam setiap kategori. Makin banyak type of nutrients, more better.

Contohnya, macam sayur/buah. Lain sayur/buah lain nutrients yg ada didalamnya and it's good for our body to function well. That's why makan kena seimbang.

And craving benda manis ni memang sukar nak diubah secara mendadak. Apa yang kita boleh buat, kurangkan sikit demi sedikit supaya nanti tak rasa kurang waras bila tak dapat langsung benda manis hahah!


Selain Apollo Checker, kita makan 4 keping roti Massimo Wheat germ dibakar dengan sedikit marjerin + kuah sardin lebihan tengahari tadi. And not to forget my plain hot green tea 🍡 

Dinner --> Sepinggan mihun goreng tomyam (Ada tetamu, iaitu my Mak Ngah and my two cousins datang dari Kuching nak jenguk baby so Ayah Dini pun bersilat didapur lepas balik kerja)

Supper --> Teh o panas + 3 keping biskut crackers + separuh epal peninggalan Dini tak habis makan tadi (entahlah lapar pulak melayan baby susah nak tido πŸ˜† Ayah Dini and Dini dah selamat dibuai mimpi lepas tetamu balik tadi).

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Begitulah kira-kira update kita hari ini. Esok kita jaga makan lagi πŸ₯° Diet not too strict, no calorie counting untuk permulaan ni, cuma jaga portion je and make sure I eat variety of nutrients. 

Btw, tadi Mak Ngah send gambar kat my Pak Su Malik nun jauh di Sarikei sana. Pak Su Malik kata dah tak kenal I sebab dulu slim πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† Sekarang berat nanang dah Pak Su. Almaklumlah zaman slim dulu berat 48-50kg je wkwkwkwkw. Tu berat 10 tahun dulu. Nampak kan berapa lama dah tak balik Sarawak nya sampai tak kenal dah rupa I. Jap bagi masa saya turunkan berat sampai cecah 50kg k! Hahaha... 

8 comments:

  1. Kita dalam bab nak kuruskan badan ni tak tau dah nk buat cane.. Lepas berkahwin 8 tahun lepas berat bdn ni mcm dh tak dgr teguran dah.. Ikut suka dia je nak naik hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang susah nak turun dah πŸ˜† Bukan zaman mcm umur belasan and 20an dah, senang je nak turun balik tanpa effort.

      Delete
  2. Semangaaaat kak Fiqa.. pasti bisaa πŸ‘πŸ‘πŸ’ƒ. Memang jangan terlalu strict. Yg ada malah stress dan tak bisa konsisten. Apalagi sedang menyusui

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah baik πŸ₯° Moga sentiasa bersederhana dlm setiap perkara.

      Delete
  3. good luck awak...linda nie x taw lah bila nk turun nie...4 kali mengandung, lemaks2 dah melekat dah..hahaha

    ReplyDelete

Thanks for reading