28 January 2024

Misi Turunkan Berat Badan Day 61

28 Januari 2024

Wahh dah 2 bulan eh saya start diet. Semalam Ayah Dini bawak pergi kenduri kat Rembau, Negeri Sembilan. First time jejak kaki kat daerah Rembau. Teringat lagu Rembau Most Wanted yo!

Panas ya cuaca semalam. Tapi mujurlah rumah pasangan pengantin tenang-tenang je jenis majlisnya. Walimatul urus kawan kerja Ayah Dini. Sempatlah saya bersosial dengan rakan sebaya 😆 Kalau tak aku duk menghadap anak je hari-hari. Anak-anak saya balik dari kenduri batuk-batuk harini. Kesian. Lepas ni seminggu duduk rumah je lah dulu.

Si Adik first kenduri in his life. Si Abang waktu ni dah main dengan kawan-kawan kat dalam rumah pengantin sampai taknak balik. Ommi kadang-kadang lupa yang Abang Dini dah besar, dah 5 tahun and dah pandai bawak diri. Susah nak dapat gambar Abang Dini dah 🥹 Ajak ambik gambar pun taknak. Nak marah tak boleh, sebab saya kecik-kecik macam tu jugak perangai. Ahahahaha!

Kita enjoy je makan semalam. Lauk kenduri sedap betul Negeri Sembilan style. Kuih muih pun saya makan. Teh tarik kenduri MUST HAVE! Then cukuplah tu pukul 4pm saya dah start IF. Malam layan teh strawberry no sugar saya je. 

By the way, harini punya random thought. Saya perhati masyarakat kita ni jenisnya suka menyalahkan. Bila anak tak breastfeed, dikatanya anak minum susu lembu jadi lembu. Bila anak kuat mengempeng disebabkan breastfeed, mak nya yang dipersalahkan terlalu manjakan baby. Entahlah kadang-kadang saya tak faham mulut manusia terpaling opinion ni. Rasa nak potong je lidah tu supaya tak boleh bercakap. Kalau ditakdirkan jadi bisu lagi elok diorang ni. Just random thought, takde kaitan dengan aktiviti bersosial di kenduri semalam. Rakan-rakan ofis Ayah Dini baik je, takde pun yang cakap tak elok. Siap ambik berat lagi tanya baby ok ke, luka czer haritu macam mana. Rasa disayangi saya semalam ahaks 🥰


Berjaya IF 16 jam yeay ❤️ Then, sajalah gatal nak jugak naik penimbang hihihi 🙈 Rupanya berat turun sikit.


Turun 0.5kg alhamdulillah 🤲 Sikit lagi nak capai turun berat 5kg. Lagi 0.95kg nak cukup turun 5kg pertama yeayyyyy!

4 comments:

  1. Alhamdulillah.
    Walaupun turun sedikit tapi ada kemajuan juga tu.

    ReplyDelete
  2. wahhhh syabbassss IF really works tu

    ReplyDelete
  3. bila lama x jumpe teman sebaya, rasa release juge sedikit tekanan dalam hati kan...

    ReplyDelete
  4. Kalau pergi makan kenduri time panas panas ni memang lepas-lepas makan tu rasa nak balik terus jerr . Hehehe . Kalau time orang tak crowded sangat boleh makan santai-santai

    ReplyDelete

Thanks for reading