7 June 2024

Kesan terhadap orang lain.

Di zaman barang harga semua nak naik ni, memanglah kita perlu berjimat and also buat lebih dari satu kerja untuk tambahkan pendapatan. Ditambah pula dengan online platform yang biasakan pembeli dengan voucher dan diskaun terlebih-lebih, jadi semua benda nak murah tanpa kita fikir kesan terhadap mereka yang bersusah payah.

Memang ada je orang akan fikir, "lahh dah diorang nak bagi murah, kita beli lah kat situ". Ya, betul la tu mmg diorang nak bagi. Tapi diorang ni la buat peniaga lain bungkus kedai. Especially, orang yang berniaga secara offline jugak. Tak kisahlah berniaga apapun.

Sebab dah biasa dengan yang murah, jadi mindset pun nak murah je lah tanpa fikir kualiti dan kesan. 

Kita pun berniaga online jugak, tapi kalau dah orang sibuk kata "dunia bisnes online sekarang dah tak sama macam dulu, kalau tak ikut arus zaman memang ketinggalan", hmm yelah. 

Kalau sibuk bagi murah, then susahlah bisnes tu nak survive. Japgi salahkan founder, salahkan HQ, salahkan semua orang yang boleh dipersalahkan. 

Samalah jugak sebagai pengguna. Kalau semua benda nak murah, effect dia terhadap ekonomi sangatlah tidak baik. Nanti, salahkan kerajaan itu, kerajaan ini, yada yada yada. 

3 comments:

  1. Banyak benda perlu dipertimbangkan

    ReplyDelete
  2. apa2 pun kena spend wisely...

    ReplyDelete
  3. Agree. Sebagai pembeli saya bukan mencari harga murah. Tapi kualitas. Bagi saya penting. Krn nya kalo suka dengan sesuatu benda, dan memang Hrg dia tinggi, tak apa. Asalkan saya bisa mendapat barang dengan kualitas sesuai, saya bisa trima harga mahal tadi..

    Justru kalo harga terlalu murah, dan ternyata memang tak bagus, saya tak nak. Justru itu bikin kita jadi boros uang, Krn harus beli lagi penggantinya 🤭

    ReplyDelete

Thanks for reading