10 December 2013

Muffin Beribiru Jenama Nona

Assalamualaikum :)

Dalam lebih kurang 2 bulan yang lepas, aku bercita cita nak beli mixer. 2 minggu yang lepas, aku berjaya beli mixer yang aku nak. Hand mixer je lah tapi.

Hujung minggu yang lepas, kakak saya yang baru je dapat baby girl baru pada 28/11 yg lalu telah meminta saya buatkan muffin beribiru ini.


Plain Blueberry Muffin jenama Nona. Guna tepung mix dalam kotak tu je. Tak tau pulak yang dia bagi tepung je hehe. Kalau ada jem or buah blueberry mesti lagi comel rupa dia. First time buat muffin. Comel betul dia naik kembang merekah gitu. Terharu tengok ;') Itupun sebab guna tepung yang dah siap. Nanti ada masa kita try buat sendiri na.

Oh and semalam pergi interview satu kerja as sales person. Alhamdulillah. Semangat yang datang dari Allah. Aku dapat buat yang terbaik untuk interview semalam and diterima bekerja. So, notis 2 minggu dah diberitahu pada bos yang sekarang. Dalam 2 minggu lagi aku dah boleh start kerja kat tempat baru or lebih awal hendaknya.

Bakal bos/mentor saya, Puan Haza akan ajar saya bagaimana mahu 'terbang'. Of course, aku tak kan lepaskan peluang keemasan ini.

TIll then,
Wassalam.
Sincerely,
Jenn.

*********************************************************************************

Nak iklan sikit.

Siapa yang duk area Putrajaya or berdekatan dengan Putrajaya, Kajang ke, Bangi ke, Dengkil ke? Yang bosan duk rumah takde buat apa. Tunggu result PMR, SPM, UPU, Matrix ke dah habis belajar ke? Ada vacancy untuk isi kerja kosong as Cashier Kiosk Jojo's Rotibun and Bakeri kat Cafeteria Kementerian Pengajian Tinggi. Pekerja diperlukan dalam kadar yang segera. Mohon hubungi Encik Mustafa (0193591583) untuk maklumat lanjut. Terima kasih.

4 comments:

  1. Waaahh, alhamdulillah, dapat kerja baru and of course experience baru lagi... good luck jenn!! :)

    ReplyDelete
  2. thank you linda! linda pun! bestnya dh start bisnes! jeles jeles! goodluck tau. mesti meketops punye!

    ReplyDelete
  3. meketops pun boleh. meletops la hihi

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas sokongan anda kepada Jojos Rotibun & Bakeri. Mohon lawat website kami di Jojos Rotibun & Bakeri dan like kami di Facebook kami.

    Terima kasih. :)

    ReplyDelete

Thanks for reading