4 September 2014

30 Days of Challenge ( Day 1): 5 Fakta Tentang Diri

Assalamualaikum :)

Jangan lengahkan masa.
Kita terus ke tajuk utama
^_^

5 Fakta Tentang Diri Jenn

Fakta 1

Mera nam he Nurul Syafiqa binti Mohammad Hatta. Dan kenapa pula Jenn? Sahaja aku memilih nama itu adalah kerana terlalu ramai nama sama macam aku. Apa salahnya aku memilih sesuatu yang lain sikit. And why Jenn? Cuba buka google translate. Taip 'Nurul'. Maka, translation dari Malay to English akan keluar Jenn. Hihi. Tetap nama sendiri jugak. Meskipun family dan friends panggil Piqa je.

Fakta 2

Aku dilahirkan ke dunia oleh Puan Mama atas keizinan Allah swt pada 1 Rejab 1411H bersamaan 17 Januari 1991 di Hospital Umum, Kuching. Ya, IC aku bernombor 13. Dalam family, IC Puan Mama je bernombor 08. Kuching ialah tanah tumpah darah ku tapi aku tak menetap di Kuching. 

Fakta 3

Aku suka kucing. Dari onyang hinggalah ke cucu cicit nya. Semua suka kucing. Belek gambar lama yang hitam putih ceklat tu, mesti ada gambar kucing. Malah, gambar raya tahun 2007 kami pun ada kucing kesayangan Tuan Bapak masuk sekali. Sekarang, saya ada 2 ekor kucing kesayangan bernama Chigebu dan Merang.

Fakta 4

Aku suka menyanyi. Dulu selalu join nasyid dan persembahan. Dulu kecik kecik pernah bercita cita nak jadi macam Siti Nurhaliza. Tapi, sejak meningkat dewasa, aku kuburkan saja cita cita tu. Sebab sekarang dah ramai sangat penyanyi. Seperti fakta tentang aku yang pertama, aku sukakan kelainan. Dalam hal ini, aku tak mampu mencari kelainan. Almaklum, suara biasa biasa je. Rupa pulak, alahai, bersepah di mana mana. Tak unik langsung. Lebih baik lah andainya aku mengejar cita cita untuk membuka sebuah Cat Cafe dan Boutique. InsyaAllah.

Fakta 5

Ramai yang kata, aku ni seorang yang tak de perasaan. Tapi ramai jugak yang kata aku ni sensitif. Kontra, bukan? Kengkadang, aku pun tak faham dengan diri sendiri. Macam mana orang lain nak faham dengan aku. Sepertinya ada split personality and unstable. Macam atom. Bila panas dia tak keruan. Bila sejuk dia jadi lain. Kimia sangat. Wahaha.

*************

Sekian sahaja 5 fakta yang boleh ditaip untuk Cabaran 30 Hari ini :)

Nah, gambar terbaru.


Diri ini jarang ambik gambar. The latest picture is during Raya :)

Wassalam

By,
Jenn

No comments:

Post a Comment

Thanks for reading