7 September 2014

30 Days of Challenge (Day 3): Sesuatu yang Menguatkan Jenn

Assalamualaikum :)

Apabila merasa lemah, sudah pastinya kita akan terkelepet layu. Apabila semangat telah hilang, sudah pastinya kita akan merasa lembik dan lesu. Apabila merasa demotivated, sudah pasti kita akan meroyan.

Sesuatu yang menguatkan saya...

Allah swt itu Maha Mendengar. Luahkan apa sahaja. Biarkan sahaja air mata menitis nitis di telekung dan sejadah. Cakap sahaja apa yang terbuku di hati. Mintalah apa sahaja dari Allah. Nescaya, akan diberi sama ada cepat atau lambat.

Sesungguhnya yang buruk itu datang dari diri sendiri, yang baik itu datang dari Allah. Janganlah pula menyalahkan takdir. Takdir takde kena mengena. Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah dirinya sendiri. Dan janganlah pula 'kaum' itu dianggap persekitaran kita melainkan diri kita sendiri.

Seperti kata kata Prof Dr Muhaya, orang yang hidup dari dalam ke luar adalah orang yang berjaya. Orang yang hidup dari luar ke dalam adalah orang yang keruh. Pendek kata, jangan salahkan persekitaran, melainkan diri kita sendiri.

Allah swt adalah sumber kekuatan hati setiap hambaNya.

Sesuatu yang menguatkan saya...

Cukuplah Allah bagiku. Ya. Definitely, ia cukup. Dari Allah jugalah muncul nya keluarga yang memahami, sahabat yang sering memberi kata semangat juga kenalan yang tak jemu mendengar luahan hati.

Keluarga dan rakan rakan ialah sesuatu yang menguatkan Jenn. Dan sesungguhnya mereka datang daripada Allah swt.

Untuk merapatkan bonding kekeluargaan dan ukhwah persahabatan, berkongsi kisah cabaran dan luahan perasaan juga perlu.

Alhamdulillah.

That's all.

Wassalam,
Jenn.

No comments:

Post a Comment

Thanks for reading