4 May 2015

Kudat Trip: Pulau Lampu (Snake Island)

Assalamualaikum :)

Keesokan harinya, kami bangun pagi setelah tidur lena di Longhouse Stay yang sejuk sangat! We have our breakfast firstly in the morning.

Breakfast
Sila perhatikan longgokan guni guni di sebelah kanan. Bekalan beras untuk seluruh keluarga Tuan Rolland for a year! Mereka ada sawah sendiri. Beras diproses sendiri. Menakjubkan kan?

Katanya beras tanam sendiri lebih sedap. Of course la, organik kan. Tembikai yang dihidangkan pun manis and sedap sangat! Even masakan biasa tapi tetap menyelerakan.

Our activity for this morning is..... SNORKELING!

Maka, berangkatlah kami ke Simpang Mengayau. Simpang Mengayau ni ialah Tip of Borneo. Do you know where is Tip of Borneo?


Can you find Simpang Mengayau in this map? Find Kudat first. Kudat terletak di Tip of Borneo. Jadi, boleh faham kenapa tempat itu dipanggil Tip of Borneo?

Oh ya, lupa nak mention Tuan Rolland sekeluarga ialah daripada suku kaum Rungus. Can you find Rungus Long House in the map?


Kami berlima (me, Rasyid, Izzati, Kak Atiqah dan Nicole) menyewa sebuah bot. RM 100/trip. Setelah dibahagi, maka RM20/person :)

Bot ini dimiliki oleh orang kampung di Simpang Mengayau juga.

Haa kalau pergi beramai ramai, bolehlah korang jimat bajet. Lagipun, the more people the merrier.

Sebelum naik bot, kami ke tempat menyewa snorkel, mask dan juga fin untuk snorkeling. Sewa mengikut hari. Ada juga yang sewa ikut jam. Bonus untuk mereka yang dah ada alat-alat tu sendiri. Jimat kos disitu. Bagi yang belum mahir berenang macam aku, perlu ada life jacket ya.

Kata Rasyid, coral dekat Pulau Lampu sangat cantik! Ada tapak sulaiman warna biru :*


Setengah jam kemudian, kami sampai ke Pulau Lampu. Disebabkan arus kuat, agak bahaya untuk kami snorkeling dulu. We decided to take a walk around Pulau Lampu. Kecik je Pulau ni.

Tahu kenapa ianya dipanggil Pulau Lampu oleh orang tempatan? Haa tengok atas bukit tu ada apa? Ada lampu :D

Lihat bagaimana ukiran batu pantai yang terbentuk oleh ombak. Cantik, bukan? Subhanallah. I love to enjoy watching Allah creations.

Looks like a group of marine biologist discovered a new species
We found a cute little star between the rocks! Macam taburan honey star yang berwarna kecoklatan.

Cushion star
Isn't it cute to the max? Rasa macam nak makan je. This is a cushion star. One of the sea star species. Bukanlah spesies baru pun :p

Sea snake
Do you know, sea snake is one of the most dangerous venomous species in the world? Lebih berbisa daripada ular tedung. However, sea snake sopan. Mereka tidak se'aggressive' ular tedung. Mereka hanya menyerang ketika terancam sahaja.

Ok sekarang dah tahu kenapa pulau ini dipanggil Snake Island oleh orang putih?

Meskipun sea snake ni sopan, jangan main main dengan sea snake ya :P

Cantik kan ukiran yang  dihasilkan ombak ni?



Cantik betul kamera Gopro Hero 4 ni. No filter needed. Oh it is not mine. Bagi yang suka traveling and bersukan lasak, berbaloi beli kamera ni. Aku tak pernah beli kamera. Hanya bergantung dengan kamera phone je :3 almaklumlah, belum perlu lagi.

Dah habis pusing satu pulau, arus masih kuat. Kami terpaksa snorkeling kat bahagian pantai yang takde coral cantik. Untuk tidak membuang masa, just do it! Better than nothing :)


Aku masih belum mahir berenang. So, kenala pakai life jacket kalau tak mahu menjadi The Drown Mermaid. Satu hari nanti, aku akan selalu pergi praktis kat swimming pool, cuba snorkeling without life jacket.


Arusnya agak kuat, memang melambung lambung aku dibuatnya. Kat bahagian ni ada banyak seaweed je. Nama dia Padina sp.


Dan juga landak laut! The sea urchin. And also the soft coral at the right side. Waktu aku tengok dengan mata sendiri, dekat badan sea urchin tu ada macam manik warna warni. Comel sangat. Tapi dalam gambar takde pulak.

Arus masa tu memang agak kuat. Pulau Lampu ni terletak kat pertembungan antara Laut China Selatan dan Laut Sulu. Dari pulau tu, boleh nampak ombak kecil datang dari kedua dua belah arah :)

Subhanallah, cantik sangat.

Hopefully, boleh datang lagi and snorkel dekat tempat yang ada coral cantik tu :')


On the way balik, aku mabuk laut sikit. Hihi. Tapi bila dah sampai pantai tu ok dah.

Kami check in dekat chalet di Simpang Mengayau. Berehat rehat sebentar tengahari tu.

To be continued...


No comments:

Post a Comment

Thanks for reading