7 May 2015

Kudat Trip: Tip of Borneo (Tanjung Simpang Mengayau)

Assalamualaikum :)

Aku tak pernah membayangkan bahawa aku akan pijakkan kaki aku kat Tip of Borneo ni. Kalau nak tahu, aku pernah catatkan impian nak bercuti ke Sabah dalam buku wishlist aku pada bulan November 2014. Memang betul kata orang yang bagi tips tu. Alhamdulillah tercapai :')

So, pada petang 16 April 2015, kami ke Tip of Borneo untuk menyaksikan sendiri sunset!

Subhanallah cantik!
Dekat Sabah, pukul 6 dah gelap. Kami ke Tip of Borneo seawal jam 5.30 petang supaya tak terlepas tengok sunset. Kat sini, kalau nak buat photoshoot cantik cantik sesuai sangatlah. 

Perasaan masa tu sangatlah tenang. Alhamdulillah Syukur sangat dapat pergi tengok sunset yang cantik.


Petang tu ada ramai jugak orang yang datang tengok sunset. Orang tempatan, dari China, Korea dan entah mana lagi negara aku tak cam bahasanya. Zati sempat berkenalan dengan mat salleh dari London!


Daripada atas bukit ni boleh nampak Pantai Simpang Mengayau yang memukau ni.


Bila time nak bergambar, Zati selalu minta buat muka ceria. Aku dengan kakunya membuat muka ceria tapi end up pose yang sama je tiap gambar. Aku rasa gambar ni paling ceria kot :p

Aku yang membelakangkan Laut Sulu

Dan membelakangkan Laut China Selatan

Jika ke Tip of Borneo, jangan lupa tangkap gambar kat benda bulat ni. Sebab dia comel :)

Zati & Nicole, my classmate!
Tangga semulajadi terhasil oleh hakisan ombak!
Nak turun ke tempat berbatu tadi kena turun guna tangga semulajadi yang comel ni. Watch your step! 

Oh cantiknya lahai Sabah Bumi di Bawah Bayu ni :3

Lepas ni bolehlah plan dengan family nak ke sini. Kalau nak mandi laut, aku tak ragu dengan kebersihan dan keselamatannya sebab air nya biru, bersih, sejuk. Fuhhh! Already missing the sea of Sabah.

Oh ya!

Sementara menunggu jam 5.30 petang untuk ke Tanjung Simpang Mengayau ni, kami berjalan jalan kat pantai dulu. That breathtaking view that makes me don't wanna go home.

Kelihatan Zati dan Piqa dari kejauhan


Dekat Pantai Simpang Mengayau ada banyak pilihan chalet untuk tourist and also backpackers. Sebagai contoh, Chalet La Nerra ni. Chalet ni kepunyaan Vice President II of Kudat Turtle Conservation Centre. *I will update his name which I forgot.


Chalet ni boleh muat untuk 3 orang dewasa. Ada satu toilet di dalam. Rate RM 100/night (will update the price if change). Chalet ni sesuai untuk backpackers yang ingin menjimatkan bajet. Dan juga sesuai untuk mereka yang pergi bersama teman teman. Namun, untuk yang berkeluarga dan mempunyai ramai anak kecil, tidak digalakkan.

Dekat sangat dengan pantai



Yang ni dah macam photoshoot raya bak kata Rasyid
Malam tu, aktiviti kami berBBQ. Ada ayam panggang, lokan, mussel (kepah), sosej, cekedis, ikan siakap dan juga anjing anjing yang peramah join kami berBBQ. Don't worry. They don't bite.

Pulang ke chalet dengan perut gembira. Tak makan nasi pun, kenyang sangat rasa.

So long and good night!

Wassalam.

To be continued...

2 comments:

  1. sempo je tempat ini ...tp pantai dia memang cantik..

    ReplyDelete
  2. awesome... thanks for the sharing, it can be very usefull for me
    tipstorial.com

    ReplyDelete

Thanks for reading