9 May 2015

Kudat Trip: Hiking at Bukit Kelambu

Assalamualaikum :)

Pada pagi 17 April 2015, aktiviti kami yang terakhir di Kudat ialah hiking di Bukit Kelambu! Dah berkurun lamanya aku tak join aktiviti sukan lasak ni. Hihi.

Kami naik truck Tuan Rolland untuk ke Bukit Kelambu
Tak jauh pun dari tempat tinggal Tuan Rolland. Dalam 5 minit dah sampai. Syok naik truck! Nak hiking, diri mestilah dalam keadaan hustle free. Jangan bawa unnecessary things.


Hiking mengambil masa dalam 30 hingga 40 minit. Hmm bagi yang jarang bersenam macam aku, pastinya mengalami kesukaran bernafas hahahahaha. Sebab tu kadang kadang aku segan nak pergi hiking, nanti menyusahkan orang lain nak kena tunggu aku :'D


Kelihatan wajah separuh nyawaku yang kepenatan. Hihi. Bukit ni boleh tahan curam. Walaubagaimanapun, Zati yang terhebat sebab dia hiking pakai selipar. :D

Kesian dia, kasut kena curi 2 hari sebelum nak fly ke Sabah. Katanya nak mencari pencuri tu hingga ke lubang cacing!

Actually masa ni dah sampai puncak. It is out of my expectation because puncak usually lapang dan boleh tengok pemandangan dengan jelas. Tapi kat puncak ni ada banyak pokok pokok. Susah sikit nak tangkap gambar.

Tetapi, pemandangannya memang breathtaking. Dari atas boleh nampak indahnya Pantai Kelambu yang sejuk mata memandang! Pasirnya putih gebu!

Pantai Kelambu
Haa inilah Pantai Kelambu. Rasyid minta Tuan Rolland bawakan kami ke sini. Melihat pantai yang bersih, cantik lagi landai ni memang buat aku dan Zati tak tahan! Tak tahan nak terjun! Air dia sejuk sangat!




Sejuk!

Jernih kan airnya?
 Lepas hiking terus terjun laut. Lalu, nikmat Tuhan yang manakah mahu aku dustakan lagi?

Zati ajar aku melompat
Sedar tak sedar, aktiviti ni ialah aktiviti terakhir kami di Kudat. Sobs sobs. Memang 2 malam je tak cukup puas ya. Next time kalau nak pergi, make sure cuti panjang sikit :D

So lepas mandi and bersihkan diri, kami pun bertolak semula ke pekan Kudat. Singgah lunch dan terus ambil teksi untuk ke Kota Kinabalu. Masa untuk berpisah semula dengan Rasyid. Sobs.

Sudahlah jarang ketemu. Entah bila aku boleh masuk meminang dia agaknya :')

Nak belanja satu gambar
Mempersembahkan lunch aku pada tengahari itu. Nasi Ayam Lemon Honey yang berharga RM 10.50 ! Kami singgah di Hainan Restaurant di pekan Kudat tu. Boleh tahan sedapnya!

Maka, berangkatlah kami ke tempat menunggu teksi. Yang mengejutkan, pakcik Vin Diesel jugaklah yang menghantar kami pulang ke Kota Kinabalu. Tambang tetap sama walaupun hanya aku dan Zati je penumpangnya.

The story is to be continued....

Lepas ni, aku akan ceritakan aktiviti di Kota Kinabalu pulak ya :)

Till then,

Wassalam.

1 comment:

  1. Assamualaikum, tumpang tny, dari mana jln masuk Bukit Kelambu ni ya?
    Tqvm

    ReplyDelete

Thanks for reading