14 May 2015

Langkah Langkah Untuk Tune Minda Ke Arah Berfikiran Positif

Assalamualaikum :)

Aku kira, tidak ada seorang manusia pun yang akan terlepas daripada memikirkan keburukan yang belum terjadi. Dan tidak ada seorang manusia pun yang tidak akan respon, "Be positive, jangan fikir yang bukan bukan. Percayalah dengan ketentuan Tuhan".

Ya, tidak dinafikan itulah yang terbaik. Tapi, bagaimana?

Pernah tak rasa?

Kadang kadang, rasa yakin sangat dengan diri sendiri. Seolah olah, bahagia itu milikku selamanya. Kadang kadang, rasa insecure sampai tak boleh nak buat kerja apa pun.

Masa insecure tu, bukan senang ya nak tune minda and mood ke arah yang lebih positif. Hoho. It takes time.

Mengikut pengalaman dan observations melalui keadaan sekeliling, nah aku ceritakan bagaimana.

Google
Back to basic.

Fikir. Apa sebabnya kita wujud di atas muka bumi ni? Khalifah. Hamba Allah. Menjadikan diri bermanfaat kepada manusia sejagat. Membuat kebaikan. Memberikan kebaikan. Mengumpul bekalan amalan. Seorang pengembara. Mencari ilmu. Berkongsi ilmu. Life is a journey from Allah to Allah.

Lalu, apakah yang lebih penting bagimu selain daripada mengabdikan diri dan menyerah diri kepada Allah? Cuba, sematkan dalam hati. Hanya janji Allah itulah yang pasti. Bukan janji manis, apatah lagi janji yang dicapati *krik krik krik*

Bukan senang wey. Tapi, cubalah. Keep calm and pray.

Bersyukur kerana masih hidup dengan aman.

Seolah tiada lagi sinar harapan, bersedih bagai yakin benar tiada bahagia lagi untukmu. Bahagiamu deritaku? Lupakan!

Cuba bandingkan hidup kau dengan orang yang negerinya asyik berperang tak habis habis. Tempat tinggalnya ditimpa earthquake. Negerinya tak cukup sumber makanan. Takde tangan sebelah. Takde kaki dua dua belah. Takde mata sebab dibutakan dengan besi cair. Takde tangan sebab dipotong. Takde IC, tak boleh sambung belajar walaupun pandai *krik krik krik*

Apalah sangat perasaan kau kalau dibandingkan dengan semua tu? Apa lagi tak cukup? Setakat satu je benda kau nak tak dapat, setakat satu je benda kau nak tapi rasa insecure tak dapat?

Lalu, nikmat Tuhan yang manakah mahu didustakan lagi?

Patah tumbuh hilang berganti.

Bersedih itu tidaklah salah. Normal la sebagai manusia. La tahzan, inallaha ma'ana. Yang hilang tu mesti ada gantinya, yang pergi tu mesti ada gantinya. Yang tak dapat tu, mesti ada gantinya.

Allah selalu bagi pengganti yang lebih baik. Bercakap melalui pengalaman :')

Make yourself busier.

Kalau semalam busy lipat sebakul kain baju, harini lipatlah 2 bakul baju. Pergi supermarket ikut jalan jauh bak kata Matluthfi. Kalau jenis berniaga online, boleh busykan diri cari lebih ramai potential buyers. Kalau jenis bekerja di office, boleh busykan diri buat kerja colleagues sekali. Buat yang sibuk di Lab, boleh sambung experiment sampai lebam. Buat yang suka pergi travelling, pegilah travelling 2 kali sebulan.

Ramai yang kata, bila dah busy, tak ingat masalah dunia. Hikhik.

Tips Nabi, hari ini lebih baik daripada semalam. Senyum :)

Make a decision to be in a good mood.

Membuat keputusan untuk berada dalam mood yang baik? Imagine, kita masih boleh memilih. Berapa beruntungnya kita :')

Pilih, nak senyum ke nak masam sepanjang hari. Pilih, nak buat orang happy ke nak buat orang annoyed dengan mood kita. Pilih, nak tengok pemandangan cantik ke nak tengok tanah gersang. Pilih, nak makan aiskrim sejuk manis ke nak makan hati.

Pilihlah.

Move on.

Apapun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti - Siti

Satu hari seribu langkah. Jantung sihat. Badan sihat. Hidup sihat. Tanpa stress.

Syoknya kalau hari hari jalan seribu langkah dekat taman yang cantik, pantai yang cantik, view cantik. Hehe.

Mungkin dengan cara ni dapat bantu kita untuk jadi lebih positif. Bak kata Cristina Stockstill, tak payah la tweet sesuatu yg emotional di Twitter.

Wassalam.


No comments:

Post a Comment

Thanks for reading