15 January 2016

4 Sebab Mengapa Kucing Anda Perlukan Catit Water Fountain (Bekas Minuman)

Assalamualaikum :)

Pernah dengar tentang Catit Water Fountain?

Bekas air minuman berpam dengan penjanaan kuasa elektrik untuk keselesaan kucing anda dan juga memudahkan cat owners serta banyak kebaikannya.

Mari baca apakah sebabnya cat owners perlu belikan water fountain ini untuk kesayangan mereka.



1. Air lebih bersih

Dalam catit water fountain ni ada penapis. Ya, tepat sekali tekaan anda. Untuk menapis bulu bulu mereka yang gugur, kotoran dan juga habuk pasir kumbahan.



'Mehrstufige Filterung' itu menunjukkan kedudukan penapis di dalam water fountain ini. Pam air akan mengepam air dari dasar water fountain menerusi lubang ditengah tengah itu (Grobe Oberflache) ke atas dan seterusnya mengalir keluar menerusi 'Wasserzirkulation' yang membawa maksud 'Watercirculation'.

Dengan water circulation ini, air yang diberi pada kucing anda lebih bersih berbanding memberi mereka air di dalam bekas minuman.

2. Tak perlu topup air minuman setiap hari

Selain kucing, pasti anda mempunyai banyak komitmen lain yang lebih penting untuk disiapkan. Justeru, dengan menggunakan water fountain, lebih kurang sebanyak 3L air boleh diisi kedalamnya. Anda tidak lagi perlu topup air setiap hari. Hanya perlu topup apabila indicator air (berwarna merah) telah turun ke bawah menandakan air perlu ditopup.


Ia sangat memudahkan lebih lebih lagi jika anda mempunyai banyak kucing (lebih dari 2 ekor). 

3. Hanya perlu dibersihkan sebulan sekali

Untuk memastikan filter berfungsi dengan baik, ianya perlu dicuci dan dibersihkan sebulan sekali. Berbanding menggunakan bekas minuman biasa, perlu cuci dan ganti hari hari kerana airnya terdedah dengan debu debu dan bulu kucing yang gugur.

 Penat nak cuci hari hari ye dak? Bukankah mudah adanya water fountain.

4. Cats love running water more

Ada cat behaviorist pernah mengatakan bahawa kucing lebih sukakan running water. Mungkin ada diantara cat owners yang perasan kucingnya suka minum air dari pili paip yang mengalir dan refused to drink from bekas minuman.
Maka, water fountain ini sekaligus akan menggalakkan kucing minum lebih banyak terutama sekali di waktu musim panas begini.

**********

Itulah antara sebab kenapa cat owner perlu belikan kucing anda water fountain ni.

Honey Cat House dah buka PREORDER bagi siapa siapa yang nak catit water fountain ni!


Contact them now!

Wassalam


3 comments:

  1. Inovasi yang bagus.. good job

    ReplyDelete
  2. Salam nak Tanya sebab water fountain gunakan sedikit letrik adakah bahaya untuk kucing? Atau bagaimana jika lektrik tiada?

    ReplyDelete
  3. Elektrik tu untuk gerakkan pam air je, insyaAllah tak berbahaya :) water fountain ni function dia utk supply air yg lebih bersih (sebab ada penapis dalam dia) and air yg bergerak untuk menggalakkan kucing minum lebih byk air (secara psikologinya, menurut kajian) :)

    Kalau takde letrik, kita guna je bekas air biasa sementara waktu.

    ReplyDelete

Thanks for reading