12 February 2016

Buku Fixi: NOTA by Shaz Johar

Assalamualaikum :)


Bila dah start baca buku ni, memang susah nak berhenti. Cerita dia memang best! Macam tengok drama Korea, kau tak sabar nak tahu apa jadi episod seterusnya. Dan kau pun baca buku ni laju laju.

Cerita berkisahkan tentang seorang penulis buku yang nak buat satu cerita yg mindfuck katanya, supaya dapat tarik hati pembaca setelah buku pertamanya gagal mendapat sambutan.

Berbanding buku pertamanya yg dia tulis melalui pembacaan melalui internet, buku keduanya lebih mencabar bila dia interview sendiri orang yg terlibat dengan kes pembunuhan. Haa.. gitu

Syok, sebab gaya cerita dia bermain dengan mind korang. Bila dah habis baca, aku pun tak tau mana satu watak dalam buku ni yang sebenarnya gila. Kak Sofia? Rekha? Dina? Ataupun penulis tu sendiri yg mental. Hahaha.

Tapi akhirnya penulis tu berjaya jugak habiskan penulisan dia dan bukunya dapat sambutan hangat! :)

 Yang tak baca lagi, silalah beli dan baca.

Sekian.
Wassalam


No comments:

Post a Comment

Thanks for reading