Assalamualaikum :)
Pada 1 Mei 2016, iaitu semalam, aku ada trip to Bukit Batu Putih. Dah lama teringin nak pergi. Tengok gambar orang share, cantik tempat dia. Bila dah pergi sendiri, memang cantik macam dalam gambar diorang tangkap tu.
So, we are |
Kami berlapan semuanya . Ada kawan baru , ada kawan lama. Yang lain pangkat adik adik je kecuali Tinah (baju belang hijau), kitorang sebaya. Even dah lama duk Bangi, kitorang berdua tak pernah lagi berjumpa haha. Kebetulan masing masing tweet nak tengok laut , nature bagai . Aku pun ajak la Tinah sekali :) Tinah ni kawan sekelas time matriks perak dulu. Dah 6 tahun tak jumpa.
Sampai dah kat puncak heee. Memang cantik, sangat cantik! Tapi peak dia tak luas sangat . Dalam 15 orang je boleh duduk atas untuk tangkap gambar. Kecik je kawasan berbatuan putih tu. Aku mencari cari batu putih tapi tidak kelihatan pula.
Antara senyum dan berkerut |
Aku paksa Paijah (baju hitam) tangkap gambar biar nampak kapal layar tu untuk aku haha. Sebab dia nampak cantik je. Ingat tak dulu masa kecik kecik cikgu suruh kite lukis pemandangan laut wajib ada kapal layar ni ok.
Haa ni dia adik adik yang membawa kami kesini. Thank you la adik adik sudi ajak . Yang 3 orang kanan ni semua kawan Farah (tudung emerald green). Kawan dia la ajak pergi. Farah ajak kami . Aku ajak Tinah. Jadilah berlapan . Sorang lagi tolong tangkap gambar.
Masa ni kitorang tengah berbincang masalah dunia yang paling sukar nak selesaikan sambil berehat lepas turun dari peak berbatuan. "Kita nak pergi mana lepas ni?" "Kite nak makan kat mane?"
Haih sukar betul membuat keputusan.
Kamera kite tak lawa :( Kalaulah ada orang tu huhu
Jangan viralkan tempat cantik cantik dalam dunia kalau yang datang ke tempat tu nanti ramai jenis yang tak tau menghargai kebersihan alam. Aku cukup annoyed. Better tempat tu takde manusia yang kacau .
As a graduan marin biologi, aku tahu apa kesannya plastik pada hidupan laut. Semua ni semua orang pun mungkin dah baca kat Facebook atau mana mana artikel orang share kan. Jangan pejam mata. Please be responsible. If you can't, don't call yourself a TRAVELLER or a BACKPACKER or a whatever you claim for.
That's all from me :)
Sincerely,
Jenn.
Nice place. betul tu. Sokong sangat kalo tempat cantek dicemari dgn plastik sampah dsb. Sayang la bumi kita. Ecehwah~
ReplyDeleteAdik penah naik bukit batu putih tu.. view kt puncak memang cantik giler
ReplyDeleteWahh.. bru plan nak pergi sana cuti Gawai nanti :)
ReplyDeletecantik nyer tmpat...
ReplyDeleteyup...benci sgt ngan makhluk allah yg suka sgt buang sampah..
ape salahnya klau kita bawak blik smpah yg kita bawa...
lg satu..klau tmpat yg jadi viral..urm...konfirm..seminggu lpas tu pnuh ngan sampah...
Tula.. sakit mata tengok sampah. Mentaliti kita mesti diperbaiki. Persekitaran kena jaga :)
ReplyDelete