24 May 2016

Rawang - Bentong - Raub

Assalamualaikum :)

Ada hikmahnya aku berhenti kerja sejak 1 Mei haritu. Bila dapat tahu adik bongsu dapat masuk UiTM Raub, terus volunteer diri nak drive teman Mama ke sana. Perjalanan dari Rawang ke Bentong tak lama sangat, lebih kurang 2 jam setengah.

After berbincang dengan lelaki kecintaan, aku decide nak pinjam duit kawen untuk sponsor kos duit minyak, hotel satu malam and duit makan. Hehe mujur lelaki kecintaan memahami keperluan dan pertolongan masa ni.

Mama nak bermalam di Bentong, so kami pilih Tras Mutiara Hotel, Bentong. Kite kasi 4/5 star to this hotel because their service is soooooo goood! Bersebelahan dengan Old Town White Coffee dan stesen minyak Petronas. Charge bilik satu malam ialah RM 119 untuk 1 queen size dan 1 single bed.

Perjalanan dari Bentong ke Raub mengambil masa selama 30 minit je. Cuma jalannya terasa jauh! Pemandangan, masyaAllah, cantik! Gunung ganang berlapis lapis dengan kabus pepagi. Tetapi, hati hati sebab jalan ni selalu orang bawak laju sampai sondol sondol kite tak sabar nak potong. Kite bawak 80-90 km/hour je sebab kite sayang nyawa orang tersayang dan orang lain.


Cantiknya UiTM Raub ni. Tempat baru memang la semua cantik. Kolej ada lift sebab ada lebih 5 tingkat. Medan selera besar gile namate. Tak perlu sibuk nak ada transport sebab tak jauh mana pun nak menapak ke library bagai.

Bersyukurlah wahai anak muda.

Disebabkan sampai ke Raub dalam pukul 5 petang sempat la kitorang tengok tengok sebelum register esoknya.

Malam tu... jeng jeng jeng


Dinner at Ikan Bakar Sri Tanjung, Bentong. Kalau pergi sini please jangan tak try makan seafood kat sini eh. Sedapnya masyaAllah! Yang ada kat Bangi pun tak sesedap ni. Ocean Hauz pun kalah ni. Hmmmm.

Menu malam tu:

Sotong goreng tepung 3 ekor
Ikan kerapu bakar saiz sederhana masak sambal petai
Kailan ikan masin
3 nasi putih
2 teh limau panas
1 carrot susu

kaching = RM70 sahaja

Jangan komplen mahal sebab memang sedap ya and yang penting fresh! Hihi. Bukan dongengan semata.

Pendek kata, aku berpuas hati dan gembira dapat travel short gateway whatever you call it macam ni :) Alhamdulillah. My Qicici dah sampai Pahang. Looking forward for the next gateway with Qicici in the future!

Till then. 

Wassalam.

6 comments:

  1. Bestnya.. seronok dapat berbakti untuk family kan..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, Shahida. Nasib baik masa tengah free. Memang Allah dah plan kot :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, Shahida. Nasib baik masa tengah free. Memang Allah dah plan kot :)

    ReplyDelete
  4. waalaikummussalam..
    pergh lawa2.. uitm baru ke tu..

    Blogwalking sini, jom baca

    Adblock Plus di youtube untuk firefox site....

    ReplyDelete
  5. bentong selalu lalu sebelum balik kg saya di raub pahang :)

    ReplyDelete
  6. Yeke Nabila? Tak explore betul betul lagi Raub tu. Tak sempat :D

    ReplyDelete

Thanks for reading