14 December 2018

Kos Hidup Lebih Rendah, Hidup Lebih Tenang

Assalamualaikum & hi! :)

Mungkin ada yang dah tahu, atau mungkin ada yang belum tahu. Currently I'm staying with my mother kat kampung disebabkan morning sickness yang agak teruk. Had to quit my job and rest at home. Had to stay far away from my husband yang sedang bekerja di KL.

Mama saya orang Batu Gajah, Perak. Bila dah pencen, Mama settle down di kampung halaman dia. Sambil menjaga cucu cucu kecilnya (anak kakak sulung saya, sorang 5 tahun, sorang 3 tahun) to kill time. Orang dah biasa bekerja, bila takde kerja jadi bosan.

Memang kalau dibagi pilihan, memang nak je duduk kampung macam ni. Free from kesibukan kota, free from traffic jem, free from hustle here and there. Kita cukup rimas duduk bandar (rumah kat Bangi), semua benda mahal. Haha.

Batu Gajah not bad. 30 minutes from Ipoh. Nak kata kecik, tak kecik sangat. Nak kata besar tak besar sangat. Kalau pergi pasar minggu (orang sini panggil market), masyaAllah harga barang 5 kali lebih murah. Seronok betul. Dapat bezakan kos tu ya Allah bagai langit dan bumi.

Tenangnya rasa bila duduk kampung. Lagi lagi bila Mama decide nak pindah rumah kampung (tak duduk dah di rumah arwah Opah kami). Atas sebab tertentu, terpaksa berpindah. Pada saya, bersyukur sangat sebab lagi selesa duduk rumah kampung sekarang. Very very very comfortable!

By the way, tadi bawak Mama dan anak anak sedara ke Eco Shop (bagi yang tak tau, ni kedai RM2 tauu. Tapi harga barang sekarang dah jadi RM2.10 pulak haha). Saje shopping untuk anak anak sedara untuk isi masa diorang kat rumah. Dengan prinsip tidak menggalakkan anak anak kecil sibuk dengan gadgets dan kartun, saya lebih suka bawa mereka buat aktiviti aktiviti yang mengasah skill dan kreativiti yang boleh meransang perkembangan otak.

Saya belikan colour pencil, set pensil dan pemadam, colouring books, and sedikit buku bacaan sesuai dengan peringkat umur. Sesuatu yang saya suka buat masa saya masih kecil dulu. Macam ni lah cara Mama didik kami adik beradik. Macam tu jugaklah saya nak anak anak sedara dan anak saya nanti membesar. Bukan langsung tak nak bagi gadgets and kartun, tapi ada jadualnya. Ada limitation nya. Bak kata Atok diorang, kena ada disiplin.

Makan pada waktunya, bangun tidur kemas tilam, mandi pada waktunya, pandai mengurus diri. Waktu makan jangan sibuk dengan gadgets, kena ada kesopanan dan pandai buat kerja rumah dan sikit kerja kampung. Dedahkan diorang dengan skills semulajadi.

Nak dijadikan cerita, dah pilih semua barang penuh sebakul tadi termasuklah barang keperluan diri, sampai kat kaunter, total only RM50. Terus cakap kat Mama, 'Oh, RM50 jerrr". Hahahaha murahnyaaaaaa! Geram pulak kita. Kualiti barang takdelah teruk sangat. Not bad!

Kat Bangi ada je Eco Shop, tapi tak lalu la kita nak pergi, sentiasa je ramai orang. Serabut zis. Kat sini tenang betul. Love sangat!

Alhamdulillah :)

By the way, sekarang tengah cuba nak naikkan sales online shop saya. Almaklumlah, dah jobless sekarang kena cari cara generate income sendiri dari rumah. Dah lama buat online business, harapnya kekal sihat dan boleh kembangkan lagi sales sehari hari.

Adalah google sikit cara nak naikkan income through instagram. InsyaAllah cuba ikut. Jomlah tengok kita jual apa, mana tau berkenan tengok baju and tudung saya jual. Jap kasi link kat bawah

Saya jual MyKish Strawberry Lipbalm = syeqa.lippies
Saya jual bawal printed & kurung moden = darinsophia

Kalau sudi, meh singgah. Kalau berkenan, meh la order ;)

Till then,
Nanti kita cerita cerita lagi.




No comments:

Post a Comment

Thanks for reading