18 February 2021

Food Review : Makan Makan di Dayang Sarawak Corner

Sebagai anak Sarawak, saya tak akan pernah bosan ya makan Laksa Sarawak, Mi Kolok dan Mi Jawa ❤️ Ya Allah favourite sangat tau! 

Bila menetap di KL, of course la tercari cari menu Sarawak. Mujur ada dekat dengan area rumah. Yes, di Dayang Sarawak Corner, Ampang. Haaa seronok bila ada yg dekat. Senang nak beli kalau mengidam. 

Dah banyak kali dah pergi sini. Husband suka, my son pun suka sangat ❤️ Berselera diorang makan. Especially Mi Kolok. 



Tiga tiga ni memang my favourite sepanjang zaman. Tak akan bosan. Dari segi rasa asli dia pulak, memanglah tak boleh nak sama dengan yang dekat Sarawak. Ada la kurang sikit, but still sedappppp! 



Sepatutnya, daging yg digunakan dalam Mi Kolok ialah kepingan daging rebus, bukan yang minced beef macam ni. Sambal pulak ialah sambal macam sambal nasi ayam Chicken Rice Shop. Barulah padu beb. Pastu dia ada sekali dengan kicap. Gaul gaul dengan Mi Kolok alahai sedapnya 🤤

Laksa Sarawak pulak kena ada pair dengan sambal belacan or sambal udang special macam dalam tin tu. Adudu kalau gaul sekali tu, tak ingat dunia dah. 

Mi Jawa pulak, biasanya kalau kat Sarawak, orang hidang dengan 3 cucuk sate disirami kuah kacang. Pehhh paduuuu rasa dia 😍🤤 Sate pulak bukan jenis sate daging. Biasanya Sarawak akan hidang dengan Sate Kerapen. Kerapen ni maksudnya bahagian urat urat tu. Lembut lembut macam jeli. Alaaa sedapnya! Terbayang pulak masa menaip ni. 

But overall, saya memang akan repeat banyak kali makan kat Dayang Sarawak Corner ni sebab bolehla sedap dia. Lepas jugak rindu ❤️

Korang dah pernah try makanan Sarawak? Yang mana paling korang suka? 


4 comments:

Amie said...

Mee kolok antara salah satu menu dalam senarai kalau nak pi Sarawak. Tak ingat dah apa menu Sarawak yang sudah pernah dicuba di Miri, cuma ingat satu...buah dabai!

Atie Zieya said...

dah lama teringin nak makan mi kolok ni

Lady Dini said...

Kak Amie : Walaupun saya org Sarawak sy kurang gemar dengan buah dabai 😅 Kenapa ntah rasa tak sedap

Atiey : Try Dayang Sarawak ok!

Farrah MF said...

Terus jadi teringin... nanti nak kena cuba ni 😊