10 March 2021

Shopee Review : Lilin Aromaterapi Pewangi Rumah

Saya mula terjebak dengan lilin wangi ni sebab kakak saya guna. Suka bau bauan dia sebab sweet je and sangat menenangkan 😍 Aaaaaa suka bila rumah bau wangi. Walaupun rumah kita takde aircond, tapi bauan dia tetap mewangi gittew.

Saya suka shopping melties dekat kedai Shopee yg NI. Dari suggestion kakak jugak, sebab memang dia selalu beli kat situ. 

Ada banyak jenis scent yg boleh dipilih ikut citahidung masing masing. My most favourite is Night Owl. Mix of Vanilla and Lavender. Menerbitkan rasa calm and buat kita mudah nak tido. Besttt!

Apa yg kita perlu ada as starter?


Kena ada burner, melties (scented candles) and also tealight candle. Kalau baru nak try, ambik All In One Melties Set for beginners ni. Dia include 2 jenis scent yang kita boleh pilih. Harga set ni RM45 sahaja. 

Nanti bila dah habis, try pulak scent lain. Packaging dia macam ni. Harga RM13 je untuk 1 bar tu.

1 ketul kecik tu boleh mewangikan small room. Kalau bilik besar or medium sized, letak 2 ketul. Kalau siling jenis tinggi, 3 ketul. Adjust la ikut kesukaan. Nak bau light ke nak bau kuat.


Kadang kadang tu, dia bagi yang bentuk comel macam ni. Bau candle wax ni wangi je bila dah sampai tu. Suka sangat bau dia. Rasa calm and cozy bila rumah bau wangi tau.



Inilah dia antara scent melties from Buddy's Natural. Boleh pilih ikut citahidung masing masing. Saya pernah try Night Owl, Coconutilla, Cherry Pie, Chewing Gum and Candy Rose. Ohh 1 lagi Fruit Punch! Sedap bau diaaaa 😍

Lepas korang masak memasak kat dapur tu, bolehlah pasang lilin ni untuk nyahkan bau. Barulah rumah kembali calm and cozyy 💕 Nak tido pun pasang. Senang nak lelap.

Bila wax tu dah tak panas, dia akan beku kan? Cara nak remove dia senang je. Masa nak burn lilin baru, panaskan sekejap burner tu dengan tealight candle. Wax yg beku tadi akan tanggal dengan mudahnya. Then, letakla yg baru. 

1 tealight candle boleh tahan 4 jam pembakaran. Haa kalau korang jenis suka lilin wangi, jom cuba ❤️ Tekan gambar bawah ni untuk terus ke Shopee tu



9 March 2021

Skincare Review : Antabax Antibacterial Shower Gel Cool

Kalau shower gel and syampu jenis ada cool effect ni memang favourite husband saya. Saya pun jadi terpengaruh dengan dia haha!

Tapi memang cool gila bila mandi dengan shower gel ni musim musim panas ni. Fuhhhhhh! Rasa macam taknak bilas sabun tu biar je dia sejukkan badan.


Feeling betul masa mandi ada cool effect, rasa sangat segar lepas mandi. Squeaky clean sebab sabun antibacterial kan. Elokla kita guna sabun macam ni demi membunuh bakteria jahat diluar sana. Musim musim pandemic ni lagi la perlu. 

Bau pun sedapla jugak. Bau fresh. Bau sabun berubat pun ya jugak. Harga pun tak sampai RM20. Nak nak beli yang ada FREE 50% ni. Lama tahan.

Kita tak layan dah sabun lain sekarang haha. Lebih yakin guna Antabax Cool Gel Wash ni 😍

Korang dah try? 

8 March 2021

Shopee Review : Baju Tidur Comel

Terjatuh cinta dengan baju tidur comel ni bila nampak dekat IG story Adiela Ridzuan dulu. Ada yg tanya dia beli kat mana. Terus dia share link shopee tu. Harga sangat berbaloi dengan kualiti. Sepasang tak sampai RM30 pun hihi.


Masa first time beli, pilih 2 design je dulu. Suka sangat yang biru ni. Comel je warna dia. Material kain pun berkualiti. Walaupun tak tido dalam aircond, saya tak rasa panas sangat pun. 

Kain sedap pakai. Macam cotton + polyester. Tak mudah koyak. Tak mudah luntur warna. Tak nipis sangat. Jahitan pun elok. 



Ini design kedua yg saya pilih. Warna comel je semua. Dari segi sizing, korang kena ukur betul betul tau. Bak kata Adiela Ridzuan, dia saiz XS tapi untuk baju ni dia kena ambik saiz M. Dua kali lebih besar. Sama macam saya. Saya saiz M, kena ambik XL. Sedang elok. Make sure tengok saiz betul betul ya. Ukur dulu. Sebab body proportion setiap orang tak sama. 



Sebab puas hati, saya repeat order. Pilih 2 lagi design. Best! Selesa pakai. By the way, shipping is from China. So ambik masa dalam 1 hingga 2 minggu nak sampai pada kita.


Pilih kaler ni sebab lembut je kan? Design semua cecomel. Nanti serious nak repeat lagi nak cukupkan 7 pasang. Setiap hari pakai baju tidur ni je 🤣 Tak pandang dah baju kelawar hahahaha


Nanti repeat order, nak ambik yg ni. Comel pulak kotak kotak macam ni.

So if korang suka and rasa berbaloi nak cuba, try usha kat SINI k!

Happy trying! ❤️

Birthday Giveaway by Eksplorasilea


Jom join Giveaway ❤️ Click banner! 

Mouthgasm Crunchy Giveaway by Atiqah

Jom join Giveaway ❤️ Click banner to join! 

2 March 2021

Shopee Review : Langsir Cantik

Assalamualaikum and hi ❤️

Okay, Shopee Review kalini kita nak share tentang langsir berkualiti dengan harga sangat berbaloi! Dah 2 kali beli langsir kat shop ni. First time tu husband yang beli. Jenis pendek untuk tingkap bilik my mini office at home. Second time beli untuk bilik tidur kami, ganti langsir yang dah lusuh jenis panjang untuk sliding door.

Langsir dalam mini office saya

Dia bukanlah langsir berkualiti yang mahal tu, tapi yang setaraf harganya. Tak mahal pun, tak sampai RM20 utk 1 panel. Saya suka beli warna gelap sebab sejenis kepala mudah pening kena silau matahari kat luar (read: Puteri Lilin). Hihi saya suka duduk dalam rumah separa gelap. Feeling so cozy tau 😍

Beli warna ni utk sliding door bilik


Jenis kain dia nice, warna pun cantik. Tak nampak macam langsir murah pun. Jenis kain yang tak terlalu tebal dan tak jugak terlalu nipis. Kalau korang jenis nak deco rumah tapi nak bajet rendah, bolehlah try tengok warna and corak yang ada kat shop ni. Saya ni teringin nak deco deco rumah, tapi mengenang bukan rumah sendiri, jadi malas pulak. Haha. Kami just cukupkan apa yang perlu je dalam rumah ni.

Seronok tengok orang lain yg deco deco rumah jadi cantik ❤️ Sekarang ni sewa apartment. Apartment lama. Jadi kurang best sikit nak hias hias. Tunggu jumpa rumah landed, okay la jugak nak menghias sikit hihi. Andddd yg paling penting, kalau rumah landed senang stok nak landing haha. Kesian tengok courier kena bawak stok berat berat sampai tingkat 4 huhu. Doakan rezeki keluarga kecil kami dipermudahkan ya. 

Korang boleh klik link NI untuk terus ke shop tu. Seriously recommended 💖