Anak bujang I memang sejak baby lagi jenis susah makan. Picky-eater orang kampung kita panggil. Bila dah cecah umur 3 tahun lebih ni, ada la jugak benda yg dia nak makan. Kalau tak, susu je la sumber energy dia.
Favourite baru Dini, set roti puri kat Restoran Roti Puri, Seksyen 3, Bangi.
Setiap kali Dini makan, memang kita suka tangkap gambar hantar kat Ayah dia. Buat kenangan sebab dia kan jenis susah nak makan. Kadang kadang tu tetiba je sebut nak makan roti puri. Bila dah sebut tu kenalah bawak.
Umur dah 3 tahun 4 bulan, tapi belum nak lagi makan nasi lauk telur ke ayam ke 😅 Haih anakku. Itu yg badan dia halus milus. Kecik je berbanding yg sebaya dia.
Ommi doakan Dini sentiasa sihat walafiat despite of how picky-eater is you. Moga dah makin besar, dah boleh dah makan balance foods ok! ♥️
Saja Ommi simpan kenangan dengan anak bujang Ommi kat blog ni.
Makan roti puri pun ok juga kan sayang.
ReplyDeleteTak apalah, lama-lama nanti berselera juga tu nak makan apa-apa.
sedapnya roti puri^^
ReplyDeleteTerliur la pula nampak roti puri tu..
ReplyDeleteJarang dengar kanak-kanak susah nak makan ni..
Alhamdulillah walaupun susah nak makan tapi sihat..Semoga Allah kurniakan kesihatan keafiatan untuk Dini
budak lelaki memang mcm tu kot, Ian pun..dr kecik sampai besar.. dia akan makan apa yg memang dia suka jer...
ReplyDeleteSedapnya tengok roti puri tu. Harap membesar dengan sihat
ReplyDelete