11 January 2024

Dini Zulhairi: 3 months old

Hai, harini si Adik dah 3 bulan weeee! Si Abang pulak 4 tahun 7 bulan 🩷 Sama kan muka abang adik ni. Rajin kita korek gambar Dini lama dulu hihi.

Sorang kening garang, sorang kening macam dilukis. Sorang rambut cepat lebat balik lepas dicukur, yang sorang lagi rambut halus. 

Pejam celik pejam celik dah 3 bulan anak Ommi 🩷 Dah pandai gelak, dah pandai mengiring. Meniarap sendiri belum lagi. Dah pandai genggam barang macam kain dia, baju kita. Kadang-kadang tangan kita dicubitnya adoi sakit. 

Dah semakin kurang tidurnya berbanding masa newborn dulu. Jenuh melayan dia tak nak tido. 

Diakui kadang-kadang memang nak jadi rimau sebab badan letih. Bila dah jadi rimau, selalunya Ayah Dini yang take over. Dengan ayahnya kurang sikit diorang ni nak meragam-ragam. Begitulah sentuhan bapak-bapak. Anak biasanya dengar kata.

16hb nanti check up si Adik. Berapa entah agaknya berat dia naik. Tak sabar nak timbang 🩷

1 comment:

Thanks for reading