9 January 2024

Misi Turunkan Berat Badan Day 41

8 January 2024

Tak IF harini sebab semalamnya tetiba sakit perut kan. Jadi saya mulakan hari dengan makan ringan sahaja. Buat roti wheat germ bakar sapu marjerin and teh o limau panas.

Harini memang simple dish je saya makan. Makan lagi probiotics jugak sebab perut masih rasa tak okay sikit.

Tengahari tak rasa macam nak makan nasik, so kita goreng keropok lekor je.

Petang baru lapar kita goreng nasik semalam. Then, start IF pukul 6pm.

Food intake harini takdelah sihat sangat sebab semuanya high carbs tapi malas nak fikir tengah tak sihat ni oi.

Semalam agak tepu dirumah, jadi malam saya request nak keluar kejap beli choc drink kat Speedmart. Husband beli nestum, tapi tak beli choc drink. Kat rumah ada teh and kopi je tak sedap makan dengan nestum.

Kitonyo tak biasa 😆 Husband kata nestum kalau bancuh dengan gula + creamer pun dah sedap. Kita tak pernah makan macam ni haha. Selalunya dengan susu or choc drink je. 

Sambil menyelam minum air. So kita keluar la ambik angin sikit malam tadi pergi Speedmart je. Surirumah ni kalau dapat keluar kejap pun dah rasa menjadi manusia biasa balik hihi.

Hanya yg faham je faham. 

Bila tak berapa nak sihat lagi, kita tak berani nak brisk walk bawak anak2. So rehat kat rumah je dulu.

Sekian laporan hari ini 🩷

8 comments:

  1. dulu ammi selalu sakit perut..mcm gastrik tp bukan..macam angin. doctor kata kalau sakit camtu elakkan makanan berunsurkan dairy. maknanya yang bersusu gitu. minum je yg o...sirap ke, air masak je ke.

    ReplyDelete
  2. shafakillah...memang kena off diet jap kalau bdn tak sihat

    ReplyDelete
  3. suami saya pun suka makan nestum dengan susu. sedap katanya. semoga terus sihat

    ReplyDelete
  4. Bawa-bawa berehat. Jaga kesihatan ye.

    ReplyDelete

Thanks for reading