15 January 2024

Misi Turunkan Berat Badan Day 47

14 Januari 2024

Harini berjaya bangun sahur 👏 Jadi harini hari yang ke 9/30 puasa ganti. Ada 21 hari lagi. Hmm ingat nak puasa lagi esok. Moga berjaya bangun sahur 🤲


By the way, harini saya ada cheat meal hihi. Teringin sangat dah nak makan kek Zetty's Bakery kat Seksyen 3, Bangi tu tau. Dari sebelum bersalin lagi dah tahan mengidam 😆

So tadi pergilah beli BISCOFF CAKE, BISCOFF BURNT CHEESECAKE untuk Ayah Dini and Dini pilih MINI BROWNIES 🍰 Gambar tak ambik pulak. 

Puasnya dapat makan kek idaman 🤤 Tadi Ayah Dini masak Nasi Ayam untuk berbuka. Biasa memang beliau rajin ya volunteer nak masak time cuti weekend. Saya onz je apa dia masak semua saya makan je sebab sedap 🥰

And harini saya sangat dahaga. Masa berbuka tadi memang banyak minum my hot plain green tea seteko habis. Lebih kurang 1000ml kot. Pastu buat lagi seteko nak minum lagi sepanjang malam ni. Dahaga giler rasa. 

Disebabkan ada kek manis-manis, jadi air tak bolehlah yang manis. Kena balance kan untuk kurangkan rasa bersalah 😆

Okay, craving satisfied. Ayoh kita kembali ke jalan yang kurus. Eh, lurus 🙈

Esok nak try jugak bangun sahur. Ayah Dini kata nak puasa sunat bulan Rejab esok. So kita join je lah sekali kot. Kita buat puasa ganti. 

Apakah saya mampu kuat menempuh puasa esok? Tapi macam nak rest tak nak puasa esok, tapi dah banyak makan manis rasa macam kena puasa. Adoi risau esok letih melayan anak-anak je sampai tak larat nak masak untuk berbuka. Esok dah Isnin, Ayah Dini kerja.

Hmm esok je lah fikir 🫠

Sekian lapuran hari ini 🩷

2 comments:

  1. MZ minggu lps hanya berjaya diet 4 hari tu pun selang seli off diet, so tak dptlah nak reduce weight, masih maintain jer ni...so ari ni kira restart balik laaa tp tak de mood nak masak menu diet pagi2 so mkn apa yg sesuai jer

    ReplyDelete
  2. Cheat day sesekali tak apa. Saya pun begitu juga. Ada masanya cheat day, sekali dalam seminggu. ☺️.bagi saya yg penting ttp rutin olahraga dan IF. Itu membantu sangat

    ReplyDelete

Thanks for reading