19 January 2024

Misi Turunkan Berat Badan Day 51

18 January 2024

Seriouslah, harini asyik rasa nak makan je ya πŸ₯² Dugaan dugaan. Pagi tadi dah open window dengan baki mee goreng semalam and kek birthday kita sikit.

Ingat nam tunggu Ayah Dini balik baru makan berat lagi. Tapi tengahari tadi perut meronta rasa nak makan je. Daripada saya makan benda mengarut, saya pun masaklah sayur laju-laju (anak dah nangis-nangis masa masak).

Mujur rencah dah memang siap ada saya buat so takyah nak susah-susah kupas and blender dah. Jimat masa. Potong-potong sayur je. Cupp cass siap sayur kita tengahari ni.

Ayam tak sempat nak defrost. Jadi kita makan dengan telur goreng.

Perut cramp macam nak period tapi macam masih haywired lagi la menstrual circle saya ni. Kejap ada kejap takde. Adei letih.

Ada la jugak makan roti sapu peanut butter coklat tadi sekeping. Minum air kosong dah banyak dah. Takde buat air teh hijau or kopi pun lagi harini. Takde mood pulak nak buat. Oh ya pagi tadi dah minum air coklat + nestum.

Cek berat pagi tadi mujur tak naik masih kekal 65.65kg ya rakan-rakan. So far dah turun 3.55kg daripada starting weight 69.2kg 🩷

Biar turun sikit-sikit jangan macam yo-yo and crash diet. 

Malam makan lauk sayur yg sama je cuma ganti ayam goreng pulak πŸ₯° Hmm saya tak IF malam ni. Sebab rasa nak makan je. 

Sekian lapuran.

3 comments:

  1. Salut , kakak konsisten yaa πŸ‘πŸ‘. Dan betul tuh, diet sebaiknya jangan cepat sangat turun. Takut malah Yo Yo dan nanti naik banyak. Pelan2 tapi diikuti pola makan sehat juga. πŸ‘Apalagi kakak masih menyusui.

    ReplyDelete
  2. kita singgah sini sempenah hari jumaat almubarak!

    ReplyDelete
  3. Sayur campur dengan telur mata pun dah cukup sedap ni . Tambah sambal sikit

    ReplyDelete

Thanks for reading